TERKINI: JDT Umum Jorge Santos Silva Sebagai Pemain Import Baharu

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan kemasukan penyerang import baharu dari Brazil, Jorge Santos Silva.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest melalui laman facebook rasmi Johor Southern Tigers (JST) sebentar tadi.

“Kelab telah mencapai persetujuan dengan Al-Batin FC dari Arab Saudi atas perpindahan Jorge Santos Silva. Beliau akan menyertai kami di JDT apabila jendela perpindahan dibuka nanti.

“Kelab ini berasa sukacita dan gembira untuk memiliki pemain yang berkaliber dan pemain yang dahagakan sesuatu pencapaian terbaik, serta ingin menjadi sebahagian daripada kelab yang paling pesat berkembang, dan sentiasa mempunyai cita-cita tinggi untuk berjaya dalam segala aspek,” kata kenyataan itu.

Kemasukan penyerang yang berusia 31 tahun itu menguatkan lagi bahagian serangan pasukan JDT yang kini dibarisi oleh Gonzalo Cabrera dan seorang lagi penyerang import yang dibawa masuk iaitu Harry Novillo.

Santos Silva sebelum ini pernah beraksi dalam saingan Liga Korea dengan kelab Daegu FC. Malaysia ialah destinasi negara asia yang ketiga beliau selepas Korea dan Arab Saudi.

JDT kini menghuni kedudukan teratas Liga Super dengan 21 mata selepas 8 perlawanan. Mereka menyasarkan untuk menjadi juara liga super buat kali kelima berturut-turut bagi memastikan tempat dalam saingan AFC Champions League musim depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN