TERKINI: Baddrol Bakhtiar Tinggalkan Sabah, Kembali Semula Ke Kedah

Baddrol Bakhtiar

Kelab Liga Super, Sabah mengumumkan yang pemain dan juga ketua pasukan mereka iaitu Baddrol Bakhtiar kini telah meninggalkan pasukan itu secara serta-merta.

Pengumuman itu dibuat menerusi media sosial pasukan dan ini merupakan satu tamparan hebat kepada kelab itu yang kehilangan ketua pasukan mereka.

Dalam kenyataan yang dibuat, Sabah dan Baddrol memilih untuk berpisah secara baik dengan persetujuan bersama diambil oleh kedua-dua pihak.

Di pihak Baddrol pula, keputusan itu diambil atas faktor khusus yang pemain itu sendiri akan umumkan dalam masa terdekat.

“Sabah Football Club dengan ini mengumumkan bahawa Baddrol Bakhtiar akan meninggalkan peranannya sebagai Ketua Pasukan dan tidak lagi bersama pasukan sepanjang baki saingan Liga Malaysia musim ini.

“Keputusan ini diambil melalui persetujuan bersama Baddrol Bakhtiar, atas sebab yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata Sabah dalam kenyataan mereka.

Desas-desus ada mengatakan yang Baddrol akan pulang semula ke negeri kelahiran iaitu Kedah namun bukan untuk menyertai semula Kedah Darul Aman.

Sebaliknya, Baddrol dijangka akan terlibat dengan satu acara besar yang bakal melanda Kedah serta lima lagi negeri yang lain pada Ogos ini.

Kita nantikan saja pengumuman rasmi daripada Baddrol sendiri. Apa-apa pun, beliau telah memberikan sumbangan yang mantap kepada Sabah sepanjang tempohnya di Likas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN