TERKINI: Azraai Khor Dilantik Sebagai Jurulatih Baharu Negeri Sembilan

Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) hari ini mengumumkan perlantikan bekas jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor sebagai ketua jurulatih baharu skuad Hoben Jang Hoben itu.

Perlantikan beliau diumumkan oleh Menteri Besar yang juga Presiden PBNS iaitu YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan di Wisma PBNS sebentar tadi.

Welcome Back Home Coach AK9

WELCOME BACK “HOME” COACH AK9!

Mohd Azraai Khor kini sah menjadi Ketua Jurulatih baharu Negeri Sembilan. Perlantikan beliau diumumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, merangkap Presiden PBNS YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan sebentar tadi.

❤️??
#NegeriSembilan
#HobinJangHobin
#PoweredByMatrix

Posted by Team N9FC on Tuesday, 27 February 2018

Azraai sebelum ini pernah membimbing pasukan Negeri Sembilan pada tahun 2011 dan membawa pasukan itu muncul juara Piala Malaysia.

Beliau akan menggantikan jurulatih dari Jerman, Jorg Peter Steinebrunner yang gagal menaikkan prestasi pasukan Negeri Sembilan ke tahap memuaskan selepas 4 perlawanan Liga Super.

Negeri Sembilan di bawah Steinebrunner bermula buruk musim ini selepas mengalami tiga kekalahan daripada empat perlawanan musim ini, dengan satu-satu kemenangan diraih berdepan Kuala Lumpur pada 7 Februari lalu.

Situasi itu meletakkan Negeri Sembilan di tangga kedua terbawah, terikat tiga mata dengan Kuala Lumpur.

Malah penyokong Negeri Sembilan semakin hilang sabar sehingga memaksa PBNS melakukan sesuatu untuk kembali semula prestasi cemerlang skuad itu.

Azraai Khor terkenal dengan pencapaian luar biasanya ketika membantu Kedah menjuarai double trebles pada 2007 dan 2008.

Malah, beliau pernah melatih pasukan TFC II yang dulu dikenali sebagai T-Team pada musim 2014.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN