Berita baik untuk peminat bola sepak tempatan terutamanya yang meminati saingan Liga Juara-Juara Eropah (UEFA). Mereka kini boleh menikmati siaran langsung perlawanan tersebut yang akan membuka tirai malam ini.
Siaran langsung perlawanan itu akan disiarkan secara eksklusif perlawanan di Astro TV dan Astro Go. Perkara ini disahkan oleh CK Lee, Ketua Sukan Astro kepada Astro AWANI sebentar tadi.
Here we go. pic.twitter.com/QJEPESYQXq
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) September 18, 2018
Sebelum ini timbul ura-ura syarikat penyiar digital terbesar negara, ASTRO tidak akan menyiarkan siaran langsung perlawanan bola sepak UEFA Champions League di rangkaian sukan mereka.
Perkara ini menimbulkan tanda tanya di kalangan pengguna ASTRO yang sentiasa bersandarkan siaran daripada syarikat penyiar digital tersebut untuk perlawanan-perlawanan bola sepak antarabangsa.
Dalam jawapan kepada salah seorang pengguna, Stadium Astro menjelaskan harga bidaan untuk mendapatkan hak penyiaran tersebut sebagai terlampau mahal.
Ianya juga tidak sesuai untuk dilakukan, mengambil kira keadaan ekonomi semasa di dalam negara.
Stadium Astro turut membayangkan kenaikkan harga kepada pakej semasa turut terpaksa diambil sekiranya bidaan tersebut diperolehi untuk menampung kos semasa syarikat.
Ini bukan kali pertama Astro tidak menyiarkan perlawanan bola sepak yang diikuti oleh rakyat Malaysia.