“Terima Kasih Tuhan”- Kpah Sherman Gembira Ledak Hatrik Lepas Bangkit Daripada Kecederaan

Penyerang sensasi Terengganu, Kpah Sherman jelas gembira dengan kemenangan yang diraih pasukannya semalam selepas mereka mengatasi Sri Pahang di gelanggang lawan.

Beraksi di Stadium Darul Makmur, pasukan pelawat berjaya mengatasi Sri Pahang dengan keputusan penuh 5-1, sekali gus membawa bekalan selesa untuk aksi seterusnya.

Sherman yang tampil meledak jaringan hatrik pertama beliau musim ini bersama Terengganu tampil sangat garang sepanjang perlawanan berlangsung untuk mengemudi posisi serangan bersama Tchetche Kipre.

Menurut Sherman, beliau sangat gembira dan ia sudah agak lama untuk beliau tampil cemerlang selepas bangkit daripada kecederaan sebelum ini.

Selain itu, pemain kebangsaan Liberia itu juga jelas sangat berbangga dengan aksi ditampilkan oleh rakan sepasukan selain mengakui tiga jaringan diledak beliau merupakan sesuatu yang positif.

Tambahan lagi, bekas penyerang Kedah Darul Aman (KDA) itu juga menyifatkan kemenangan tersebut sangat penting untuk para penyokong Terengganu yang tak henti-henti memberi sokongan buat mereka.

“Jadi, saya sangat gembira dan ini sejak sekian kalinya saya dilanda dengan masalah kecederaan, tetapi saya berjaya tampilkan apa mampu dibuat diri ini.

“Dan, saya sangat gembira dengan prestasi semasa pasukan dan ianya sangat bagus untuk meledak tiga jaringan selain memenangi perlawanan dengan lima gol.

“Selain itu, kemenangan tersebut sangat penting buat para penyokong Terengganu, jadi saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana semuanya sangat bagus untuk perlawanan itu,” jelas Sherman menerusi petikan video MFL.

Pemain tersebut pada musim ini sebenarnya agak kurang konsisten serta sering dilanda dengan kecederaan untuk menyebabkan Sherman gagal menyerlah berbanding sebelum itu.

Walaupun begitu, tiga jaringan beliau semalam pastinya menaikkan kembali motivasi Sherman untuk terus tampil dengan lebih baik pada perlawanan akan datang.

Selain Sherman, rakan sepasukan beliau iaitu Faisal Halim juga jelas sangat cemerlang pada aksi semalam, apabila gerakan pemain lincah itu kerap menyukarkan pertahanan Sri Pahang.

Sri Pahang yang tampil sebagai tuan rumah gagal untuk memberi impak besar pada perlawanan tersebut bagi mengatasi pelawat sepanjang 90 mini aksi berlangsung.

Satu jaringan daripada penyerang import mereka iaitu Steven Rodriguez gagal untuk mencipta kebangkitan buat pasukan itu walaupun mereka memasukkandua khidmat pemain naturalisasi, Sergio Aguero dan Lee Tuck.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN