“Terima Kasih TMJ!” – Dion Cools

Pemain kacukan Belgium-Malaysia, Dion Johan Cools menzahirkan penghargaan kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) kerana merealisasikan impian beliau beraksi bersama Harimau Malaya.

Dion Cools diumumkan sebagai pemain ke-26 yang menyertai kem latihan skuad negara di Dubai semalam oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Bin Haji Mohd Amin.

Melalui satu muat naik di Instagram, Dion Cools memuat gambar dirinya menerima jersi skuad Harimau Malaya diikuti dengan kata-kata: “Sangat bersyukur untuk momen ini! Berbanyak-banyak terima kasih kepada Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) kerana merealisasikannya. Terima kasih.”

Semalam melalui satu kenyataan, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mendedahkan penglibatan TMJ untuk meyakinkan pemain FC Midtjyland itu untuk memilih Malaysia sebagai pasukan antarabangsa disertainya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata Dion Cools begitu mudah serasi dengan pemain-pemain lain di dalam pasukan negara walaupun baru menyertai sesi latihan pasukan itu semalam.

Tan Cheng Hoe turut mendedahkan perancangan beliau untuk pemain berusia 24 tahun itu dalam baki tiga perlawanan kelayakan yang bakal dihadapi negara bermula dengan UAE pada 3 Jun hadapan.

Menurut sidang video bersama pengendali skuad kebangsaan itu semalam, Cheng Hoe berkata, “Kalau ikut perkembangan dan statistik, dia [Dion Cools] boleh bermain di beberapa posisi, [iaitu] bek kanan, sayap kanan, kadang-kadang di tengah bertahan.”

“Dia juga pernah main di bek tengah dan bek kiri. Pemain utitiliti ini bagus untuk pasukan dan untuk skuad kebangsaan, kali ini kemungkinan kita akan letak dia di posisi tengah, iaitu bek tengah,” jelas Cheng Hoe tentang posisi pemain itu.

“Kerana kita tahu, selepas Shahrul Saad mengalami kecederaan, kita agak risau untuk posisi tersebut,” tambah Cheng Hoe lagi mengenai sebab pemilihan posisi itu.

Dalam dua aksi bertemu Kuwait dan Bahrain, Cheng Hoe telah menguji Irfan Zakaria sebagai gandingan baharu kapten, Aidil Zafuan Abdul Razak dan ada memasukkan Junior Eldstal sebagai pemain gantian untuk menguji kombinasi mereka.

Begitupun, mungkin aksi kurang meyakinkan daripada kedua-dua pemain itu telah menyebabkan beliau mahu mencuba pemain seperti Dion Cools walaupun masih memiliki pemain lain seperti Adam Nor Azlin dan Dominic Tan untuk dicuba.

Pemain yang masih segar beraksi di pentas UEFA Champions League dan pernah menentang pasukan seperti Ajax, Manchester United dan Liverpool itu sudah tentu diharap mampu mengisi kekosongan tersebut.

 

Baca lagi artikel lain mengenai Dion Cools dan skuad kebangsaan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN