“Terima Kasih Manu” – Neuer Rasmi Bersara Untuk Skuad Kebangsaan Jerman

Penjaga gol kebangsaan Jerman iaitu Manuel Neuer secara rasminya kini telah pun mengumumkan persaraannya daripada dunia bola sepak antarabangsa semalam, selepas beliau bermain sebanyak 124 kali untuk negaranya sejak tahun 2009.

Bintang Bayern Munich yang kini sudah pun berusia 38 tahun tersebut telah membantu Jerman menjuarai Piala Dunia pada tahun 2014, dan juga turut diberi anugerah ‘Golden Glove’ sebagai penjaga gol terbaik dalam kejohanan tersebut.

“Hari ini menandakan berakhirnya karier saya dalam pasukan bola sepak kebangsaan Jerman,” tulis Neuer di Instagram.

“Sesiapa yang mengenali saya pasti tahu bahawa keputusan ini bukanlah sesuatu yang saya buat dengan mudah,” tambahnya.

Neuer turut menyatakan sebenarnya dia masih baik daripada segi fizikal dan kejohanan Piala Dunia 2026 juga menarik minat beliau.

“Namun, saya telah membuat keputusan sekarang adalah masa yang tepat untuk menamatkan babak saya dalam pasukan kebangsaan,” katanya lagi.

Persekutuan bola sepak kebangsaan Jerman (DFB) tampil memberi penghormatan kepada Neuer dengan menyifatkan pemain berpengalaman itu sebagai salah seorang penjaga gol terhebat sepanjang zaman.

“Semua kata-kata terasa terlalu kecil. Tetapi ia datang dari hati: Terima kasih, Manu,” kata DFB dalam satu kenyataan rasmi menerusi perkongsian The Guardian.

Mereka juga berterima kasih kepada Neuer atas kejayaannya yang unik dan cemerlang, serta semangat kesetiaan dan dedikasinya.

“Anda telah mengubah permainan sebagai penjaga gol, anda telah membentuknya. Sama seperti pasukan ini. Pasukan anda,” kata kenyataan itu lagi.

Persaraan Neuer hadir hanya dua hari selepas Ilkay Gündogan yang kembali ke Manchester City dari Barcelona, turut mengumumkan persaraan dari bola sepak antarabangsa.

Bekas penjaga gol Schalke ini bersara sebagai pemain kelima dengan jumlah penampilan terbanyak dalam sejarah bola sepak lelaki Jerman.

Marc-André ter Stegen dari Barcelona dijangka akan mengambil alih sebagai penjaga gol utama untuk perlawanan Liga Negara-Negara dan kelayakan Piala Dunia yang akan datang.

Apakah detik-detik Neuer yang paling anda ingati sepanjang karier beliau bersama skuad kebangsaan Jerman?

Ayuh kongsikan sekali bersama kami di ruangan komen sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN