Terima Kasih Khairul Azhan, Anda Tetap Hero Rakyat Malaysia!

Dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung malam tadi, Mohd Farizal Marlias yang menggantikan Khairul Azhan mungkin telah mencuri perhatian selepas berjaya menafikan peluang Indonesia untuk menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada hujung permainan.

Namun sebelum itu pada babak pertama, penjaga gol utama, Khairul Azhan Mohd Khalid terlebih dahulu menyelamatkan pasukan dengan menepis percubaan Febri Hariyadi dengan kakinya ketika kedudukan masih 0-0.

Kredit Foto: Youtube Astro Arena

Tindakannya yang mengepakkan kaki secara maksimum telah mengakibatkan beliau dilanda kecederaan dipercayai di bahagian pangkal peha. Khairul Azhan kemudian bingkas bangun dan terhincut-hincut bergerak untuk memastikan  gawang skuad Harimau Malaya tidak dibolosi.

Selepas mendapati keadaan sudah selamat, barulah Khairul Azhan terbaring di tepi tiang gol sambil mengerang menahan kesakitan.

Kredit Foto: PFAM

Situasi itu ternyata menyentuh perasaan rakyat Malaysia yang melihat kesungguhan beliau memberikan sepenuh komitmen terhadap kepercayaan yang diberikan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe yang memilihnya untuk menjadi benteng terakhir pasukan.

Khairul Azhan beraksi ibarat seorang wira yang berjuang sehingga titisan darah yang terakhir. Beliau memberikan segalanya selagi masih ada kudrat yang tersisa pada dirinya.

Ianya dilihat selari dengan nasihat Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berpesan kepada pemain Harimau Malaya untuk mencontohi sifat tentera Islam yang berperang dengan penuh semangat di medan perang.

Kredit Foto: PFAM

Khairul Azhan ketika perlawanan menentang Thailand pada minggu lepas juga beraksi cemerlang menyelamatkan sepakan voli Supachak Saracok ketika pasukan negara sedang mendahului 2-1.

Namun dengan rendah diri, penjaga gol Selangor itu mengakui setiap pujian yang diberikan kepadanya akan menjadi pemangkin semangat dan motivasi untuk beraksi lebih cemerlang di masa hadapan.

Beliau juga berharap dirinya tidak hanyut dengan segala pujian itu dan kekal berpijak di bumi yang nyata kerana menurutnya prestasi penjaga gol ada naik dan turun. Jika tidak bernasib baik dan melakukan kesilapan, mereka akan menjadi sasaran kritikan.

Selepas apa yang telah dipamerkan beliau dalam perlawanan malam tadi, rakyat Malaysia sudah pasti akan mendoakan agar beliau segera pulih dari kecederaan dan menghadapi musim yang cemerlang pada tahun hadapan untuk terus kekal sebagai penjaga gol utama negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN