‘Terima Kasih Arsenal’- Man City Hampiri Kejuaraan EPL Kali Ketiga Berturut-Turut

Hasrat Arsenal untuk melakar kejutan musim ini selaku juara dalam saingan English Premier League (EPL) semakin pudar selepas beberapa situasi kini membabitkan kelab tersebut kian sukar.

Apa tidaknya, pasukan tersebut baru sahaja mencatat kekalahan terbaharu mereka semalam sebanyak 0-3 di tangan Brighton And Hove Albion bersama corak permainan yang tidak menyakinkan.

Pada perlawanan tersebut, Arsenal tampil dengan corak permainan yang sangat tidak konsisten dengan lawan lebih mendominasi segalanya untuk memperoleh tiga jaringan penting.

Walaupun Brighton turun tanpa beberapa pemain yang mengalami kecederaan, ianya tak menghalang skuad kendalian Roberto De Zerbi untuk tampil cemerlang di gelanggang lawan.

Tiga gol Brighton terhasil menerusi Julio Enciso, Deniz Undav, dan juga Pervis Estupinan untuk terus menyukarkan peluang buat Arsenal menghidu kejuaraan EPL musim ini.

Saat pungutan mata The Gunners dan Manchester City yang begitu rapat, sepatutnya Arsenal tidak boleh lagi tewas dalam mana-mana perlawanan untuk menekan skuad kendalian Pep Guardiola bagi mencabar status kejuaraan.

Kini hanya keajaiban sahaja yang boleh dilakar oleh skuad kendalian Arteta, sambil mengharapkan Pep tewas dalam beberapa perlawanan terakhir untuk kembali menghidupkan peluang merebut kejuaraan EPL.

Berbaki dua perlawanan sahaja lagi yang tinggal, Arsenal perlu untuk memungut enam mata keseluruhan jika mereka masih menyasarkan kejuaraan bagi mengatasi City.

Dua perlawanan yang bakal dihadapi skuad kendalian Mikel Arteta selepas ini ialah Nottingham Forest dan Wolves yang dilihat turut berada dalam momentum tersendiri.

Jika Arsenal tewas pada aksi akan datang menentang Forest, maka mereka hanya mampu melihat dengan penuh kedukaan uang City akan merebut kejuaraan kali ketiga berturut-turut.

Sementara itu, City bakal membuat perhitungan seterusnya dalam saingan liga bertemu Brighton pada 24 Mei ini dan skuad kendalian Pep dilihat tidak menghadapi tekanan besar selepas berjaya menjarakkan lagi kedudukan semasa.

https://twitter.com/utdcj_/status/1657810713216425984?s=46&t=DuvUcVPjdd8pQiPgj46OxQ

Malah, City juga bakal mencipta sejarah mereka tersendiri bagi memenangi kejuaraan liga sebanyak tiga kali berturut-turut yang sebelum itu dipegang oleh Manchester United era Sir Alex Ferguson.

Apapun, persaingan masih lagi terbuka walaupun semakin kelam buat Arsenal untuk memberi kejuaraan pertama bagi era Mikel Arteta di England selaku pengurus kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN