Terikat Tanpa Jaringan, Tomas Trucha Beri Bayangan ‘Overhaul’ Jentera Serangan

Casagrande Penang FC UiTM FC 2021 serangan Tomas Trucha

Seri tanpa jaringan menentang UiTM FC, pengendali Penang FC, Tomas Trucha beri bayangan mungkin bakal melakukan perubahan dan kejutan di jentera serangan.

Ini berpunca daripada kurangnya impak yang dihadirkan oleh penyerang tunggal yang dipertaruhkannya, Casagrande sejak daripada perlawanan pertama. Peluang demi peluang telah diberikan barisan kejurulatihan, namun ia tampak seperti sia-sia.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bandaraya malam tadi, penjaring terbanyak Liga Premier musim lalu itu melepaskan dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol kemenangan buat Penang FC dengan dua penyudah tumpulnya.

Dua peluang boleh gol itu hadir pada minit ke-79 dan ke-90, yang jika disempurnakan akan memberikan tiga mata berharga buat pasukan tuan rumah. Menurut Tomas Trucha dalam sidang media mengenainya, “Dia [Casagrande] adalah pemain yang bekerja keras di dalam padang. Mungkin dia kurang bernasib baik [malam ini].”

“Apa yang saya boleh lakukan? Perlukah saya masuk ke bilik persalinan dan mula memarahinya? Dia sudah mencuba yang terbaik dan tahu untuk mempersediakan dirinya untuk perlawanan ini dan selepas ini. Dan apabila kecergasannya kembali, dia akan kembali meledak gol semula,” ujar pengendali berusia 49 tahun itu.

Dalam sidang media selepas bertemu Kedah sebelum ini, Tomas Trucha ada berkata yang Casagrande memerlukan hantaran yang lebih baik dan bantuan daripada rakan-rakan sepasukan. Tegasnya mengenai penyerang tinggi lampai itu, “Dia adalah pemain yang bagus dalam padang, saya tidak ragu-ragu tentang perkara itu.”

Dan dalam aksi ini dapat dilihat yang barisan pemain sayap Penang FC sudah memberi segalanya menerusi hantaran lintang yang tepat, namun ia disia-siakannya.

Mempertaruhkan barisan yang hampir sama dengan yang sebelum ini, Penang FC masih mempamerkan taktik bertahan yang baik walaupun adakalanya di babak pertama UiTM FC hadir melalui counter attack pantas yang cuba digerakkan mereka.

Sebagaimana Harimau Kumbang, The Lions turut menghadapi masalah yang sama, iaitu penyudah tumpul dua penyerang mereka, Abou Bakr Al-Mel dan Nana Poku.

Tuan rumah menguasai sepenuhnya perlawanan dengan taktikal yang cuba dilakukan oleh Frank Bernhardt yang mengarahkan skuadnya untuk duduk lebih ke bawah dan merampas bola dari bawah seterusnya melancarkan serangan balas pantas.

Percubaan terbaik Penang FC di babak pertama adalah menerusi percubaan kapten, Endrick dos Santos di depan gawang pelawat yang tersasar pada minit ke-29 selepas mensia-siakan deretan peluang hadir di depan gawang yang dikawal Azfar Arif.

Di babak kedua, sekali lagi tuan rumah mengawal perlawanan dan segalanya tampak seakan-akan bakal memberikan sesuatu buat mereka, namun Casagrande melepaskan dua peluang boleh gol seterusnya keputusan terikat seri tanpa jaringan.

Ujar Tomas Trucha lagi, “Kami sedang memikirkannya [Sheriddin Boboev sebagai penyerang]. Ketika ini, kita kekurangan masa untuk mencubanya [dalam sesi latihan]. Ia akan mengambil masa dan selepas rehat panggilan skuad kebangsaan ini, mungkin kita akan kejutkan semua orang dengan perubahan jentera serangan kita.”

Jentera serangan Tomas Trucha dilihat menerima kritikan para penyokong apabila gagal menyudahkan peluang dan dalam perlawanan boleh menang sebegini, ia sekali lagi bakal menghadirkan kritikan apatah lagi Casagrande melepaskan dua peluang boleh gol yang dimilikinya di depan gawang pasukan pelawat.

KREDIT FEATURED IMAGE: PENANG FC

Baca lagi artikel lain mengenai Penang FC:

Tomas Trucha: Kedah Tentunya Lega Dapat 1 Mata Berdepan Penang FC

Tahap Kecergasan Pemain Sepanjang PKP Jadi Keutamaan Penang FC

Liga Super 2021: 5 Perkara Kemenangan JDT, ‘Berpeluh’ Tundukkan Penang FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN