Terengganu Waspada Ancaman Berbahaya Melaka FC

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Terengganu bakal menghadapi cabaran Melaka FC pada Sabtu ini bagi saingan Piala Malaysia musim 2024/2025 yang akan berlangsung di Stadium Hang Jebat pada jam 9 malam.

Atas kertas, Terengganu dilihat berpeluang untuk meraih keputusan positif jika dibandingkan pada tahap saingan liga serta kualiti para pemain.

Namun, dalam dunia bola sepak segalanya boleh berlaku jika mana-mana pasukan tampil terleka sepanjang tempoh 90 minit aksi berlangsung di atas padang.

Apatah lagi reputasi semasa Melaka FC juga tidak boleh dipandang remeh kerana mereka kini berada di tangga utama saingan Liga A1 Sem Pro musim ini.

14 kemenangan dalam 19 perlawanan cukup menggambarkan pasukan itu kini sedia memberi cabaran besar buat Sang Penyu pada aksi pertama mereka di pentas saingan Piala Malaysia pada Sabtu akan datang.

Disebabkan itu pertahanan utama Terengganu iaitu Shahrul Nizam Ros Hasni menjangkakan mereka bakal diberi tentang sengit oleh pasukan tuan rumah pada aksi tersebut.

Menurut pemain tersebut, Melaka FC memiliki barisan pemain berpengalaman selain menerima sentuhan jurulatih berprofil tinggi seperti K. Devan yang memacu mereka menjadi begitu konsisten pada persaingan liga.

Apatah lagi Melaka FC bakal beraksi di halaman sendiri yang sudah tentu akan mendapat sokongan padu daripada para penyokong mereka untuk cuba mencipta kejutan ke atas Sang Penyu.

“Berdepan Melaka FC boleh dikatakan perlawanan sukar bagi kami, pelbagai kemungkinan boleh berlaku selain skuad itu mempunyai ramai pemain berpengalaman.

“Tambahan pula mereka mendapat sentuhan jurulatih berpengalaman selain pendahulu Liga M3 itu beraksi di tempat mereka pada perlawanan pertama.

“Selain itu kebiasaannya mana-mana pasukan bawahan apabila bertemu dengan pasukan Liga Super, mereka akan beraksi gila-gila, jadi kita perlu berwaspada selain perlu buktikan tahap kita dalam Liga Super,” kata Shahrul menerusi laporan Harian Metro.

Rekod pertemuan pasukan tersebut berlangsung pada musim lalu di pentas Piala FA, dengan ianya berpihak kepada Terengganu menerusi keputusan 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

Sudah tentu Melaka FC enggan mengulangi sejarah lalu dan beberapa persiapan rapi dilakukan mereka untuk cuba memberi cabaran besar kepada Terengganu.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN