Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC1), Irfan Bakti Abu Salim ternyata masih belum berpuas hati dengan prestasi pemain import dari Korea Selatan, Park Seung il selepas diuji dalam beberapa perlawanan persahabatan.
Pemain yang berusia 29 tahun itu dibawa masuk bagi menggantikan rakan senegaranya Kim Hyun-woo yang dilanda kecederaan serius ketika aksi pra musim di Kemboja.
Justeru, pihak pengurusan TFC 1 memutuskan untuk tidak menggunakan khidmat pemain itu dan kini masih menanti seorang lagi pemain dari negara itu dalam masa terdekat untuk mengisi kuota pemain import Asia.
“Jadi untuk aksi pertemuan pertama dengan PKNS Sabtu ini, kita hanya mempertaruhkan empat pemain import sedia ada dan saya yakin kita tidak berdepan sebarang masalah kerana kesemua mereka telah menunjukkan keserasian sepanjang mengharungi aksi pra musim sebelum ini,” kata Irfan kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, Kim Hyun Woo tidak sempat pulih dan terpaksa berehat sehingga enam bulan sekali gus memaksa Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) menamatkan kontraknya.
Bekas pemain import PKNP FC itu dilaporkan hanya perlu berehat selama seminggu saja namun selepas rawatan lanjut, pemain yang memiliki ketinggian 1.85 meter itu disahkan gagal pulih dalam tempoh terdekat.
Ketiadaan Hyun Woo memaksa pasukan itu mencari pemain lain bagi mengisi kuota pemain import Asia sebelum Liga Super membuka tirainya pada 3 Februari depan.
Kemudian, PBSNT mengumumkan bekas pemain Ulsan Hyundai, Park Seung-il bagi mengisi kuota pemain import Asia. Beliau bermain untuk kelab Anyang FC dalam saingan divisyen 2 Liga Korea musim lepas.
Mengulas mengenai sasaran untuk saingan Liga Malaysia musim ini, Irfan berkata pasukan Terengganu menyasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya satu Piala.
“Ini salah satu objektif kami merangkul sekurang-kurangnya satu piala. Walau bagaimanapun saya akui ini bukan satu tugasan mudah namun kami akan berusaha untuk mencapai impian itu,” kata Irfan Bakt