Terengganu Tekad Cipta Kebangkitan Pada Aksi Menentang KL City

Terengganu jelas mahu mencipta kebangkitan lebih baik pada aksi seterusnya dalam saingan Liga Super musim 2024/2025 selepas mereka diaibkan begitu teruk ketika mengharungi perlawanan lalu.

Terdahulu, Sang Penyu terpaksa menerima hakikat untuk gagal mencipta peluang ke pentas akhir Piala FA musim ini selepas mereka merekodkan kekalahan besar di laman sendiri 1-4 di tangan Selangor atau secara agregat 4-6.

Kekalahan besar kepada skuad kendalian Nidzam Jamil itu menjadikan Sang Penyu sebagai sasaran buat segelintir peminat di media yang kurang berpuas hati akan kualiti ditampilkan pasukan tersebut.

Kekalahan itu juga jelas menghantui salah seorang pemain import Terengganu musim ini, Marin Pilj yang tekad mahu mencipta kebangkitan kembali pada aksi akan datang.

Untuk aksi seterusnya, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner bakal menghadapi cabaran KL City di gelanggang lawan dan Marin sudah tentu bakal menjadi antara pertaruhan utama.

“Kekalahan begitu perit untuk ditelan, kami tekad bangkit. Kami percaya pada diri sendiri, kami juga mempunyai peluang yang baik untuk melakar kemenangan biarpun sedar ia bukan tugas mudah kerana lawan pasukan yang kuat.

“Bagaimanapun saya mengharapkan tiga mata menjadi milik kami, lagipun kami sudah melupakan kekalahan yang sudah tentu menyakitkan lebih-lebih lagi hanya selangkah ke pentas final.

“Pada masa sama saya turut mengharapkan rakan sepasukan dapat memperagakan aksi terbaik selain belajar daripada kesilapan sebelum ini.

“Buat peminat setia, teruskan menyokong kerana sokongan anda mampu membangkitkan semangat kami ketika beraksi,” ujar Pilj menerusi perkongsian dibuat oleh Harian Metro.

Walaupun terkandas di pusingan separuh akhir Piala FA, prestasi semasa Terengganu dalam aksi Liga Super boleh dianggap cukup menyakinkan menerusi keputusan-keputusan lalu.

Selain Pilj, Steinbruckner juga memiliki ramai pemain berkualiti membabitkan tonggak tempatan serta import untuk digunakan dalam kesebelasan utama hadapi cabaran KL City.

Pemain seperti Akhyar Rashid, Safawi Rasid, dan Ismaheel Akinade sudah tentu akan menjadi antara pertaruhan utama Steinbruckner untuk menghadapi cabaran getir pasukan tuan rumah.

Namun begitu, mereka juga perlu berwaspada kerana KL City juga masih segar akan kemenangan lalu ketika mereka menewaskan Sabah dan sudah tentu momentum tersebut ingin dipertahankan oleh Miroslav Kuljanac.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN