Terengganu Tampil Serba ‘Tempang’ Untuk Aksi Bertemu Penang

Terengganu bakal berhadapan laluan sukar untuk aksi seterusnya dalam saingan Liga Super 2023 berdepan Penang, selepas ada pemain utama mereka mengalami kecederaan.

Musim ini segalanya tampak tidak begitu menjadi buat Terengganu, selain masalah konsistensi mereka di atas padang turut memberi kesan dalam persaingan memburu mata penuh.

Aksi sebelum itu menyaksikan Terengganu sekadar mampu mengikat Sabah seri 1-1 di Likas dengan turut mempunyai masalah kecederaan dalam barisan pemain utama.

Untuk aksi seterusnya berdepan Penang, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner bakal beraksi tanpa kehadiran penyerang kebangsaan Thailand iaitu Adisak Kraisorn.

Ketika ini, Adisak masih lagi belum pulih daripada kecederaan pinggang yang dialami beliau dan sudah pun terlepas mengharungi aksi lalu ketika menentang Sabah.

Selain itu, Terengganu juga sah tidak dapat menggunakan khidmat pemain tengah berpengaruh mereka iaitu Habib Haroon selepas beliau menjalani hukuman penggantungan kerana mengutip tiga kad kuning.

Walaupun begitu, Terengganu dilihat masih lagi mempunyai beberapa pemain yang dilihat mampu menampungi kekosongan tersebut untuk menghadapi cabaran Penang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

Jelas Steinbruckner, kehadiran semula penyerang berbisa Terengganu iaitu Ivan Mamut juga melegakan beliau selepas pemain tersebut terlepas aksi ketika menentang Sabah kerana digantung satu perlawanan.

“Posisi tengah pula kita ada pemain tempatan dan import yang boleh mengambil alih tugas Habib, saya akan putuskan nanti siapa yang bakal diturunkan, jadi kita tidak begitu risau dengan situasi ini.

“Namun saya meletakkan harapan yang tinggi agar pemain yang ditugaskan nanti mampu beraksi dengan baik kerana posisi tengah adalah nadi pasukan dalam misi kita untuk mengutip tiga mata penuh lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri,” jelas beliau menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Habib mengakui terkilan untuk tidak dapat bersama rakan sepasukan lain beraksi di laman sendiri yang pastinya akan dihadiri ribuan penyokong fanatik Sang Penyu.

“Saya terlepas satu perlawanan akibat mengutip tiga kad kuning, namun saya percaya rakan pasukan lain mampu beraksi dengan baik untuk melakar kemenangan.

“Pesanan saya buat mereka agar beraksi mengikut perancangan jurulatih hingga minit terakhir perlawanan kerana kami tidak rela kehilangan mata lagi tambahan pula kami akan bermain di laman sendiri, jadi buktikannya,” kata Habib.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN