Terengganu ‘Tak Minat’ Untuk Dapatkan Sentuhan Tan Cheng Hoe

Terengganu ketika ini dilaporkan tidak berminat untuk mendapatkan khidmat pengendali berpengalaman negara iaitu Tan Cheng Hoe selaku ketua jurulatih tersebut pada saingan musim ini.

Terdahulu, Tomislav Steinbruckner sah melepaskan jawatan tersebut atas persetujuan bersama pengurusan kelab ekoran prestasi tidak konsisten dipamerkan Sang Penyu sejak beberapa aksi lalu.

Steinbruckner yang memegang tampuk kejurulatihan Terengganu pada tahun lalu dengan sangat baik dilihat tidak mampu untuk mengulangi momentum tersebut pada saingan musim ini.

Ekoran prestasi hambar ditampilkan mereka dalam saingan domestik serta kejohanan ACC Shopee Cup, para peminat mula memberi kritikan akan sentuhan dipamerkan oleh Steinbruckner.

Kini, posisi tersebut masih diisi oleh Badrul Afzan Razali selaku jurulatih sementara dan nama Tan Cheng Hoe antara disebut peminat selaku calon terbaharu jurulatih Terengganu.

Walaupun begitu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu iaitu Mohd Sabri Abas menyatakan mereka tiada perancangan untuk menggunakan khidmat bekas pengendali Selangor itu.

Menurut Sabri Abas, pihak Sang Terengganu tidak pernah mengadakan sebarang pertemuan atau perbincangaj bersama bekad pengendali Selangor itu untuk menjadikan beliau selaku calon jurulatih baharu kelab.

“Setakat ini pihak kami tidak bercadang untuk mengatur pertemuan ataupun perbincangan dengan jurulatih berpengalaman itu.

“Ini kerana pihak kami setakat ini tidak bercadang untuk menggunakan khidmat beliau (Cheng Hoe) bagi mengendalikan pasukan TFC biarpun jurulatih itu sekarang tidak melatih mana-mana pasukan.

“Kita harapkan dengan penjelasan ini ia dapat menjawab persoalan dalam kalangan peminat setia yang mengaitkan jurulatih itu dengan TFC,” kata beliau menerusi perkongsian Berita Harian.

Pada masa sama, Sabri Abas juga menyatakan mereka tidak menyenaraikan lagi mana-mana jurulatih untuk mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Steinbruckner.

“Setakat ini tiada nama jurulatih lain yang bakal mengisi kekosongan ketua jurulatih TFC, ini kerana Insya-Allah kita akan beri peluang kepada penolong jurulatih, Badrul Afzan Razali mengemudi pasukan sehingga akhir musim 2024/2025 ini,” ulas beliau lagi.

Pada pandangan anda, siapakah jurulatih paling layak untuk mengisi posisi jurulatih utama Terengganu pada saingan musim ini?

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN