Terengganu Tagih Bisa 4 Tonggak Harimau Malaya Untuk Hadapi Perak

Terengganu dilaporkan kini tampil dengan persediaan terbaik mereka sebelum menghadapi aksi sulung Piala FA musim 2024/2025 malam ini berdepan cabaran Perak di laman sendiri.

Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, sudah tentu tentu Sang Penyu ingin mengulangi siri kejayaan mereka pada awal musim ini ketika mereka mengatasi skuad kendalian Yusri Che Lah itu bagi persaingan Liga Super.

Pada aksi tersebut, Terengganu berjaya mengatasi Perak menerusi keputusan 3-1 menerusi jaringan Nurillo Tukhtasinov, ledakan sendiri Shivan Pillay serta satu melalui Nnabuike Chijioke.

Perak pula boleh dianggap sangat malang pda aksi tersebut apabila mereka hanya mampu meraih satu gol melalui Luciano Guaycochea selain Luiz Motta dilayangkan kad merah.

Untuk aksi malam ini, Tomislav Steinbruckner selaku pengendali utama Terengganu mengharapkan supaya empat bintang Harimau Malaya yang sebelum itu mengharungi aksi antarabangsa mampu menonjol demi membantu Sang Penyu meraih kejayaan.

Empat pemain Terengganu yang dipilih bersama Malaysia untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sebelum ini ialah Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Engku Nur Shakir, serta Safwan Mazlan dan mereka berjaya mempamerkan kualiti tersendiri.

Jelas Steinbruckner, beliau mengakui keempat pemain tersebut berada dalam perancangan utama untuk dibawa turun bagi melayan kunjungan Perak pada malam ini.

“Aksi cemerlang empat pemain itu ketika membantu pasukan Malaysia adalah petanda yang begitu positif buat skuad kami sebelum berdepan Perak FC.

“Saya percaya mereka juga begitu bersemangat selain masih segar lagi lebih-lebih lagi ianya penampilan kali pertama dalam kesebelasan utama buat Safwan selain Engku Syakir sebagai pemain gantian.

“Malah keupayaan Safawi yang berjaya menjaringkan gol selain aksi bertenaga Akhyar sudah pasti bakal meningkat lagi corak permainan pasukan.

“Selain empat pemain itu, kami turut mengharapkan pemain yang bakal diturunkan nanti mampu memperagakan aksi terbaik mereka bagi memastikan kami berjaya melangkah ke suku akhir,” kata beliau menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Steinbruckner juga boleh menarik nafas lega apabila kedua pemain tonggak beliau iaitu Azam Azmi Murad serta Suhaimi Husin sudah pun pulih daripada kecederaan untuk bersama pasukan.

“Dua pemain itu (Suhaimi, Azam) yang sudah pulih daripada kecederaan yang dialaminya berada dalam skuad dan berkemungkinan bakal diturunkan buat kali pertama pada musim ini selepas terlepas tiga aksi awal Liga Super.”

Bagaimanapun pemain pertahanan, Mathew Steenvoorden dan penyerang, Ivan Mamut masih lagi belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan kini dalam proses pemulihan,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN