Terengganu Serba Tempang Sebelum Hadapi Cabaran Shan United

Terengganu tampil serba tempang nampaknya sebelum mereka menghadapi aksi ketiga Kumpulan A bagi saingan ACC Shopee Cup bertemu wakil kelab dari Myanmar iaitu Shan United.

Terdahulu, reputasi Sang Penyu di saingan tersebut dianggap kurang memberansangkan apabila mereka hanya meraih satu keputusan seri serta satu kekalahan bersama aksi kurang menyakinkan.

Sudah tentu para peminat sebenarnya mengharapkan wakil kelab dari Malaysia itu mampu bangkit kembali pada perlawanan ketiga walaupun Terengganu kini menghadapi cabaran getir.

Untuk aksi bertemu Shan United, Sang Penyu terpaksa menggunakan tenaga pemain tempatan sahaja di posisi utama serangan selepas ketiga penyerang import mereka menghadapi masalah untuk dibawa turun.

Musim ini menyaksikan Terengganu menandatangani tiga penyerang import untuk pasukan utama iaitu Ismaheel Akinade, Nelson Bonilla, serta turut mengekalkan peledak berbisa tahun lalu, Ivan Mamut.

Walaupun begitu, pasukan tersebut memiliki masalah pada awal musim apabila Mamut mengalami kecederaan sehingga terpaksa diketepikan sehingga kini dan Terengganu lebih banyak menggunakan khidmat Akinade.

Walaupun begitu, pencapaian semasa Akinade kurang memberansangkan dan pengurusan kelab terpaksa menandatangani Nelson Bonilla untuk mengurangkan sedikit beban pemain dari Nigeria tersebut.

Walaupun begitu, Sang Penyu terpaksa melupakan khidmat ketiga pemain import tersebut pada aksi akan datang di Myanmar dengan Mamut masih lagi mengalami kecederaan dan berada dalam tempoh pemulihan.

Sementara Bonilla pula tidak dapat beraksi pada perlawanan kerana beliau kerana tak didaftarkan pasukan tersebut untuk aksi ACC Shopee Cup.

“Nelson tidak dapat disenaraikan dalam pasukan kerana pemain itu didaftarkan pada jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia iaitu selepas pintu perpindahan bagi saingan merebut Piala Shopee ditutup.

“Ivan pula masih belum pulang selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan tumit di kaki kirinya.

“Manakala Ismaheel terpaksa diketepikan kerana peraturan Myanmar tidak membenarkan pemain dari Afrika memasuki negaranya.

“Situasi ini menyebabkan kami akan menggunakan sepenuhnya khidmat pemain tempatan sebagai penyerang untuk menghadapi kelab berkenaan Rabu ini di tempat lawan,” kata pengendali utama Terengganu iaitu Badrul Afzan Razali menerusi Harian Metro.

Tanpa kelibat import di posisi utama serangan, dijangka Engku Nur Shakir bakal mengambil alih peranan tersebut kerana keupayaannya sudah pun terbukti bersama Sang Penyu.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN