Terengganu Pilih Untuk Kekalkan Nurillo Tukhtasinov

Pemain tengah serangan Terengganu iaitu Nurillo Tukhtasinov secara rasminya menandatangani kontrak lanjutan baharu bersama kelab tersebut sehingga Disember tahun 2025.

Terdahulu, timbul persoalan dalam kalangan beberapa peminat jika Nurillo bakal dikekalkan Sang Penyu atau akhirnya akan berhijrah menyertai kelab baharu pada masa hadapan.

Walaupun begitu, Terengganu kini secara rasminya mengumumkan Nurillo akan terus kekal menjadi sebahagian penting buat mereka di pentas Liga Malaysia (Liga M) sehingga musim akan datang.

Pada masa sama, laman itu turut menyatakan Nurillo pada asalnya menerima beberapa tawaran dari pasukan lain sebelum memilih untuk kekal bersama Terengganu.

“Pemain tengah pasukan Terengganu FC, Nurillo Tukhtasinov pada hari ini telah menandatangani kontrak lanjutan untuk terus kekal bersama kelab ini sehingga Disember 2025.

“Pemain kelahiran Uzbekistan ini mengakui sebelum ini menerima beberapa tawaran dari kelab lain namun beliau memutuskan untuk terus setia bersama kelab ini untuk baki musim ini dan musim berikutnya,” ulas laman tersebut.

Untuk saingan musim ini sahaja menyaksikan bekas pemain kebangsaan Uzbekistan itu telah meledak empat gol daripada 20 penampilan termasuk di saingan ACC Shopee Cup.

Sejak penyertaan Nurillo bersama Terengganu, beliau telah pun mencipta 42 penampilan bersama lima gol dan satu bantuan jaringan direkodkan pemain tersebut.

Beraksi di posisi tengah serangan, jelas Nurillo menjadi antara nadi utama pasukan untuk bergandingan bersama Manny Ott selaku perancang pasukan mencipta gerakan-gerakan berbahaya.

Kualiti Nurillo daripada segi kawalan bola dan bijak mencipta hantaran berbahaya menjadikan dirinya selaku aset penting Terengganu sejak awal penyertaan beliau di sana.

Ketika ini, Terengganu hanya mengesahkan Marin Pilj sahaja tidak lagi bersama kelab selepas beliau mencapai persetujuan bersama untuk meninggalkan Sang Penyu.

Tampil buat pertama kali di Asia, Marin jelas memiliki kesukaran untuk menyesuaikan diri bersama kelab berkenaan walaupun sudah merekodkan beberapa gol bersama aksi menyakinkan.

Selain itu, kelab tersebut juga sah melepaskan khidmat pertahanan import mereka dengan lebih awal iaitu Matthew Steenvoorden yang sudah pun menyertai pasukan baharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN