Terengganu Mungkin Akan Tandatangani Khidmat Pemain Import Baharu

Terengganu dilaporkan mungkin akan merombak kembali barisan pemain mereka dengan kemungkinan besar akan ada muka baharu menyertai pasukan tersebut pada jendela perpindahan kedua ini.

Musim ini Sang Penyu telah pun membuat beberapa perubahan nyata dengan membabitkan pengendali baharu mereka iaitu Tomislav Steinbruckner untuk menggantikan khidmat Nafuzi Zain.

Malah pasukan tersebut turut mengekalkan dua sahaja pemain import mereka pada musim lalu iaitu Argzim Redzovic bersama Jordan Mintah dengan muka-muka baharu ditandatangani tahun ini.

Pasukan tersebut turut mengikat pemain naturalisasi secara pinjaman iaitu Liridon Krasniqi untuk membarisi posisi tengah mereka dengan beberapa perubahan lain turut dibuat.

Namun sehingga kini segalanya tampak tidak begitu berjalan lancar dengan prestasi semasa Terengganu tidak begitu konsisten dalam persaingan Liga Super selain tewas dalam beberapa perlawanan.

Jelas Steinbruckner, beberapa pemain import Terengganu musim ini bakal digantikan pada jendela perpindahan kedua dalam misi untuk tampil lebih baik dalam persaingan Liga Super 2023.

Selain memberi fokus kepada khidmat import, pengendali dari Croatia itu turut memberi bayangan beberapa pemain tempatan juga mungkin turut akan dirombak sebelum mereka mengharungi saingan Piala AFC musim ini yang akan bermula pada 1 Ogos.

Walaupun begitu, Steinbruckner turut menegaskan segala keputusan yang akan dibuat itu bakal bergantung kepada pihak pengurusan dengan perbincangan turut bakal dibuat kerana membabitkan kewangan semasa kelab.

Terbaharu, Terengganu sudah pun menandatangani khidmat bekas penyerang Selangor iaitu Norhakim Hassan dan sudah pun diperkenalkan secara rasmi di media sosial beberapa hari lalu.

“Ya, kami ada beberapa nama pemain baharu untuk memantapkan lagi pasukan yang bakal bersaing dalam Piala AFC, tapi saya tidak mahu dedahkan lagi siapa pemain berkenaan kerana kami mencari pemain di posisi pemain tengah menyerang, ini keutamaan kami.

“Pada masa sama kami juga perlu melihat mengenai pemain yang mengalami kecederaan, saya perlu fikirkan mengenai posisi kita mahukan, saya perlu membuat keputusan yang tepat, namun saya juga belum membuat keputusan muktamad siapa pemain bakal mengucapkan selamat tinggal kerana perlu berbincang lebih lanjut dengan pihak pengurusan.

“Mengenai dua pemain Croatia, Ivan Mamut dan Domogoj Pusic, adakalanya mereka bermain bagus dan adakalanya tidak, Mamut lebih banyak bermain daripada Pusic kerana posisi tengah kami banyak pilihan lain, saya rasakan akan berikan mereka peluang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai import.

“Mengenai Omid Nazari pula, dia bermain dalam beberapa perlawanan sebelum ini dan saya berpuas hati dengan prestasinya terutama dia adalah pemain kuota Asean bersama Adisak Kraisorn.

“Tapi selepas ini kami akan buat keputusan selepas berbincang dengan pihak pengurusan termasuk pemain tempatan ada yang akan bersama dengan kami dan ada juga yang akan dipinjamkan kepada pasukan lain nanti,” jelas beliau menerusi Harian Metro.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Sebelum itu, media sosial turut menyaksikan beberapa penyokong Terengganu yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada beberapa pemain mereka termasuk bintang tengah, Liridon Krasniqi.

Ini kerana aksi dipamerkan mereka kurang memberansangkan serta tidak banyak impak diberikan buat pasukan ketika perlawanan berlangsung.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN