Terengganu Mahu FAM Hukum Dua Pemain Perak Yang Melakukan Tarian Lucah

Insiden dua pemain import Perak, Wander Luiz dan Leandro Dos Santos melakukan provokasi melampau dengan aksi tarian lucah selepas pemain import Terengganu FC (TFC), Igor Zonjic menjaringkan gol sendiri telah mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Kejadian itu berlaku ketika TFC semakin hampir dinobatkan sebagai juara apabila perlawanan diheretkan ke masa tambahan pada aksi final di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata kepada Berita Harian, menyifatkan tindakan pemain import Perak itu sebagai biadap dan wajar dihukum oleh pihak pengendali liga dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Kerajaan negeri kesal dengan insiden memalukan itu apatah lagi perlakuan itu sengaja dilakukan mungkin untuk membangkitkan kemarahan pemain itu (Zonjic) dan juga skuad TFC.

“Lebih menyedihkan perlakuan itu dilakukan di depan pemain import TFC yang ketika itu berada dalam kesedihan sambil disaksikan beberapa pemain lain.

“Seharusnya dua pemain import itu bijak mengawal emosi kegembiraannya dengan tidak melakukan aksi yang memalukan kerana banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan selain perlu menonjolkan semangat kesukanan yang tinggi.

“Perlakuan itu bukan saja menimbulkan rasa kurang senang dalam di kalangan pemain dan penyokong skuad Penyu, tetapi turut mencemarkan imej bola sepak negara,” katanya.

Pengadil Suresh Jayaraman dilabelkan sebagai pengadil terburuk dalam sejarah final Piala Malaysia.

Dalam perlawanan itu, Zonjic tertampan bola masuk ke gawang sendiri ketika masa permainan hanya tinggal beberapa saat sebelum ditamatkan pengadil perlawanan, Suresh Jayaraman.

Pada perlawanan penuh kontroversi itu, skuad The Bos Gaurus menjuarai piala berprestij itu hasil kemenangan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 3-3 sehingga masa tambahan.

Mengulas lanjut, Wan Sukairi berharap FAM segera mengambil tindakan secepat mungkin bagi mengelak perkara sama tidak berlaku lagi di masa yang akan datang.

“Ia juga sebagai pengajaran kepada pemain itu (Wander Luiz dan Leandro) serta kepada lain,” ujar Wan Sukairi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN