Terengganu Kecam Penyokong Sendiri Atas Tindakan ‘Tak Berakal’ Serang Bas Selangor

Semalam, satu insiden keganasan telah berlaku di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), apabila segelintir penyokong Terengganu telah menyerang bas Selangor dengan membaling objek keras.

Bas yang membawa para pemain Selangor itu menghadapi saat-saat mencemaskan, apabila dihujani objek keras seperti batu dan kon sehingga kaca di sebelah tepi kenderaan tersebut turut pecah.

Lebih malang, perkara tersebut juga menyebabkan kanak-kanak yang merupakan anak segelintir pemain di atas bas semalam turut mengalami trauma kerana ketakutan diserang penyokong lawan.

Perkara tersebut berlaku disebabkan segelintir penyokong Terengganu mungkin tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan semalam atau kesal dengan tindakan pemain Selangor yang dianggap melambat-lambatkan perlawanan pada penghujung masa.

Disebabkan itu, Terengganu jelas tidak mempunyai masa cukup untuk mengimbangi keputusan perlawanan dan sekali gus mereka tidak layak mara ke final Piala Malaysi 2022.

Sebentar tadi, media rasmi Terengganu telah pun memuat naik satu kenyataan mengenai insiden tersebut dan jelas kesal dengan kelakuan segelintir penyokong tersebut.

Malah tindakan yang tidak bertamadun ini juga menyaksikan pihak pengurusan Terengganu mengecam sekeras-kerasnya kerana dianggap mencalarkan imej pasukan.

“Berkenaan insiden kekacauan yang dilakukan oleh segelintir penyokong Terengganu FC ke atas bas pasukan pelawat semalam, pihak pengurusan kelab ingin melafazkan kekesalan serta mengecam tindakan yang dilakukan.

“Perkara ini dilihat telah turut sama mencalarkan imej kelab serta penyokong Terengganu yang lain yang sama-sama hadir dalam memberikan sokongan buat pasukan ini,” jelas kenyataan tersebut.

Pada masa sama, pihak pengurusan Terengganu juga memohon maaf kepada pasukan pelawat mengenai insiden tersebut dan berharap ianya tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Malah, perbuatan segelintir penyokong itu juga dianggap Terengganu sebagai tidak mewakili imej keseluruhan penyokong mereka yang sebelum itu telah mempamerkan komitmen cukup baik sejak awal musim.

“Pihak kelab juga dengan ini ingin memohon maaf kepada pihak Selangor FC atas insiden yang telah berlaku dan diharapkan perkara ini tidak akan berulang pada masa-masa yang akan datang.

“Ini kerana pada tahun ini tidak boleh dinafikan lagi para penyokong Terengganu telah menunjukkan komitmen serta disiplin yang sangat baik dalam memberikan sokongan.

“Dan sesungguhnya segelintir yang telah melakukan kekacauan ini tidak mewakili serta menggambarkan imej  serta keperibadian keseluruhan penyokong pasukan ini,” tambah kenyataan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN