Terengganu Julang Piala Pertama Sebelum Liga M Bermula

Pasukan Terengganu FC (TFC I) raih piala pertama musim ini muncul sebagai juara Piala Menteri Besar Terengganu semalam selepas menewaskan pasukan ‘feeder club’, Terengganu FC II (TFC II) dengan jaringan 4-2.

Perlawanan akhir kejohanan empat penjuru yang melibatkan pasukan Pahang dan Melaka United itu berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah serta dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang turut menyaksikan perlawanan tersebut.

Pada aksi perlawanan akhir itu, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang menarik dan TFC I dilihat lebih banyak menguji kemampuan penjaga gol TFC II melalui Andree Lee Tuck.

Kesebelasan utama pasukan Terengganu FC. FOTO: Terengganu Football Club

TFC II yang merehatkan skuad utama mereka mempamerkan aksi melawan dan peluang terbaik hadir menerusi percubaan Muhammad Aliff Fitri Jefri yang diselamatkan penjaga gol TFC I, Mohd Suffian Abd Rahman empat minit berselang.

Penyerang TFC I, Abdul Malik Mat Arif mendapat peluang keemasan pada minit ke 15 tetapi masih gagal menjaringkan gol apabila menyepak tinggi bola hantaran lintang Tchetche Kipre.

Begitupun, penjaring terbanyak pemain tempatan Liga Perdana musim lalu itu tidak mempersiakan peluang kedua apabila mudah menolak masuk menewaskan Mohd Shamirza seminit selepas itu.

Malik Ariff menjaringkan gol pertama untuk Terengganu FC. FOTO: Terengganu Football Club

TFC I melebarkan jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Kipre selepas dia dijatuhkan kapten TFC II, Mohd Hassan Basri pada minit ke-35.

Bersambung babak kedua, Mustaffa Kamal Abd Wahab membawa masuk empat awang importnya bagi mengimbangi permainan.

Namun, anak buah Irfan Bakti Abu Salim terus mengukuhkan kedudukan menerusi ‘Messi Terengganu’, Mohd Faiz Mohd Nasir pada minit ke-64.

Pada minit 67, Kipre meledak gol peribadi kedua dalam perlawanan itu dengan melakukan larian solo yang gagal dikejar pertahanan TFC II, Muhammad Mohd Faudzi sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan Mohd Shamirza.

Penjaga gol Terengganu FC, Mohd Suffian cuba menghalang rembatan daripada penyerang Terengganu FC 2. FOTO: Terengganu Football Club

TFC II berjaya memperoleh jaringan menerusi penyerang importnya, Bruno Junichi Suzuki minit ke-72 sebelum Akanni Sunday Wasiu melepaskan rembatan ke penjuru kanan menewaskan Mohd Suffian minit ke-88.

Penyerang TFC I, Lee Tuck dinobatkan sebagai pemain terbaik bagi perlawanan akhir itu. Lee Tuck dipilih kerana membantu menjana bahagian serangan Terengganu FC dengan baik sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN