Terengganu Jadi Mangsa ‘Lipak’ Penaja Musim Ini?

Kem Terengganu ketika ini mulai menjadi tidak begitu menyenangkan setelah beberapa laporan negatif tersebar di media sosial mengenai isu penaja utama mereka bagi musim 2024/2025.

Menerusi beberapa perkongsian peminat-peminat Sang Penyu di media sosial, mereka menyatakan pasukan tersebut kini menjadi mangsa penipuan penaja-penaja utama daripada segi kewangan.

Walaupun tiada kesahihan lagi, luahan para penyokong di media sosial mula menjadi semakin panas dengan pelbagai persepsi mulai timbul mengenai keadaan semasa kewangan Terengganu.

Syarikat yang disebutkan itu ialah Vearich International dengan menggunakan logo Agarbomb Performance dan dikatakan masih belum memberi dana tajaan buat perjalanan Terengganu di pentas Liga Malaysia (Liga M).

Perkongsian daripada laman We Bleed Black & White menyatakan Agarbomb masih belum memberi sebarang dana dipersetujui walaupun nama syarikat itu sudah terpampang di jersi.

“Benar, AGARBOM tak bayar lagi duit tajaan walaupun nama AGARBOM sudah terpapar di jersi,” jelas laman tersebut.

Walaupun begitu laman tersebut turut menyatakan pasukan tersebut tidak mengalami isu tunggakan gaji kerana masih mendapat dana kerajaan, GLC, serta tajaan-tajaan lain.

Di ruangan komen laman tersebut juga sudah pun dihujani oleh komen-komen resah daripada penyokong Sang Penyu mengenai perjalanan pasukan tersebut.

Ianya dianggap wajar untuk mereka risau kerana kebanyakan kelab musim ini menghadapi isu gaji walaupun aksi baru sahaja bermula.

“Baik isu xfox mahupun isu agarbom, kedua-duanya jelas menunjukkan kegagalan pengurusan tertinggi dalam tfc.

“Biar ah sekmung nok maroh ambe pun. Sebab sape hok diberi kuasa buat rundingan dan keputusan? Pengurusan tertinggi. Bukan penyokong, bukan pemain, bukan hok jual beger dalam stadium. Titik,” komen Nooraine Fatihah II.

“Isu ni ada dengor gok dulu yang mana pihak agarbomb ni dok bayor lagi duit tajaan. Cuma harap pihak pengurusan dan pihak agarbomb bincang molek settle hal ni. Jangan rosakkan momentum yang sedang dibina. Benda ni antara paling nak elak dari berlaku.

“Kita pulok sebagai penyokong, harap bersabar dulu. Kita tengok gane penghujung cerita ni. Hok sekarang ni, kita support dulu hok kelab offer. Beli membership,season pass,jersi ori,penuhkan stadium. Semoga dipermudohkan segalanya untuk kelab kita. Insyaallah,” ulas Hanif Rashid pula.

Pada masa sama, Ultras Tranung turut menyuarakan kritikan keras kepada beberapa penaja yang dilaporkan masih belum memberi dana sepatutnya buat pasukan.

“Pitih penajaan guane? Ni betul2 nok free marketing dan free maki nih. Nama nok duk depang deh.

“Koliber dengor citer baru nok settle penajaan hok sepatutnya settle tahun lepas, bayor ansur2 dalam tahun ni, agarbong dok bau sekepeng habuk lagi ni. Apa citer Vearich International SDN BHD ?

“Kalau gaji players sangkut, mung standby! Mung dok kenal lagi kegilaan penyokong Tranung. Nok penaik boleh, nok pejatuh boleh. Mung pilih,” ujar laman berkenaan.

Apapun, kami di Semuanya BOLA berharap supaya Terengganu tidak menjadi pasukan seterusnya yang memiliki isu kewangan tatkala mereka sedang bermula begitu baik musim ini di persaingan domestik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN