Terengganu Hilang 2 Khidmat Penyerang Import Menjelang Aksi Bertemu Sabah

Terengganu dilaporkan bakal kehilangan dua penyerang import mereka untuk dibawa turun beraksi menjelang aksi Liga Super seterusnya menentang Sabah pada malam ini.

Dua penyerang import tersebut ialah bintang kebangsaan Thailand iaitu Adisak Kraisorn serta pemain kelahiran Croatia yang tinggi lampai, Ivan Mamut.

Musim ini segalanya tampak tidak begitu menjadi buat Terengganu, selepas rombakan besar yang dibuat mereka untuk mencatat beberapa keputusan hambar serta tampil dengan corak permainan kurang menyakinkan.

Kedua pemain tersebut tidak dapat dibawa turun selepas Ivan Mamut sah digantung satu perlawanan kerana menerima tiga layangan kad kuning sebelum itu.

Manakala Adisak pula terpaksa diketepikan untuk aksi ini kerana mengalami masalah kecederaan di bahagian pinggang serta masih belum pulih untuk dibawa turun menentang Sabah.

Pastinya itu memberi satu cabaran besar buat Tomislav Steinbruckner dalam usaha beliau untuk memastikan Terengganu membawa keputusan positif dalam saingan liga pada musim ini.

Apapun, Terengganu masih lagi mempunyai dua penyerang yang dijangka bakal digunakan oleh Steinbruckner pada malam ini dengan membabitkan Jordan Mintah serta pemain tempatan meningkat naik, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob

“Penyerang kelahiran Croatia, Mamut terpaksa diketepikan selepas digantung satu perlawanan susulan menerima tiga kad kuning manakala penyerang kebangsaan Thailand, Adisak masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan pinggang yang dialami.

“Ketiadaan dua penyerang import itu tidak begitu membimbangkan kerana kita masih mempunyai Mintah yang mampu bertindak menjaringkan gol sebagaimana aksinya sebelum ini.

“Kita harap aksi itu nanti mampu menghadirkan keceriaan buat kami bagi mengelak keciciran mata lagi selain sebagai suntikan semangat sebelum berdepan Kelantan FC pada aksi suku akhir Piala FA pada 27 Mei ini,” kata beliau menerusi Harian Metro.

Musim ini menyaksikan gandingan Adisak Kraisorn bersama Ivan Mamut sudah pun meledak lapan gol daripada 13 jaringan keseluruhan dihasilkan oleh Terengganu daripada 10 perlawanan dihadapi.

Pada masa sama, Steinbruckner juga tidak risau kehilangan penjaga gol muda mereka iaitu Rahadizo Rahalim yang mengalami kecederaan untuk saingan malam ini.

Menurut pengendali berpengalaman tersebut, dua lagi penjaga gol Terengganu yang dimiliki beliau ketika ini juga mempunyai kelebihan tersendiri dan sedia untuk dibawa turun beraksi bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan oleh Rahadiazli.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN