Terengganu FC Tawan Bangladesh, Lee Tuck Terbaik

Terengganu FC berjaya menjulang ‘Sheikh Kamal International Club Cup 2019’ (SKICC).

Ini merupakan sebahagaian daripada langkah awal oleh Terengganu FC untuk mempersiapkan para pemain mereka menjelang musim 2020.

Terengganu FC merupakan salah satu pasukan jemputan bersama 7 pasukan lagi baik dari Bangladesh dan luar Bangladesh dalam kejohanan yang akan berlangsung selama 11 hari.

Dalam perlawanan final, Terengganu berhadapan dengan pasukan tuan rumah Abahoni United.

2 gol Terengganu dicetak pada separu masa pertama menerusi Hairiey Hakim pada minit ke-15. Dan jaringan oleh Azalinullah yang berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-19.

Abahoni hanya mampu mendapat 1 gol pada separuh masa kedua. Masa penuh, Terengganu menang 1-2.

Pemain tengah Terengganu, Lee Tuck dipilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan. Lee Tuck merangkul trofi dan wang tunai USD1,000.00.

Selain daripada trofi, Terengganu juga membawa pulang hadiah wang tunai bernilai USD 50,000.00 ataupun kira-kira RM 208,940.00.

Daripada laman rasmi TFC, berikut adalah beberapa fakta menarik daripada kejohanan ini melibatkan pasukan Terengganu:

✅Pasukan pertama dari Malaysia yang memenangi kejuaraan bagi kejohanan ini
✅ Mencatat rekod memenangi kejuaraan tanpa mencatat sebarang kekalahan sepanjang kejohanan
✅ Mencatat rekod sebagai pasukan yang berjaya menjaringkan gol terbanyak dalam kejohanan
✅ Ketua pasukan TFC dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan
✅ Satu-satunya pasukan yang dibarisi oleh sebilangan besar pemain muda ( termasuk 2 orang pemain berumur bawah 19 tahun)
✅ Kedua-dua pemain berusia 19 tahun berjaya menjaringkan gol
✅ Ketua pasukan TFC menerima anugerah penjaring gol terbanyak kejohanan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN