Terengganu FC Sambar Kembali Faiz Nasir

Terengganu FC sebentar tadi mengesahkan Faiz Nasir kembali memperkuatkan jentera tengah pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Perkara itu diumumkan sebentar tadi melalui satu perkongsian di media sosial pasukan itu.

ONCE RED, #ALWAYSRED.

FA Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Michal Nguyen, Endrick Dos Santos,…

Posted by FA Selangor on Saturday, November 16, 2019

Faiz sebelum ini menyertai Selangor pada awal musim 2019. Namun demikian, pemain bertubuh kecil dan licik ini seperti sukar untuk mendapatkan tempat di dalam kesebelasan utama B. Satianathan.

Ini menyebabkan Faiz menjadi antara lapan pemain yang dilepaskan oleh skuad Red Giants baru-baru ini.

??️ WELCOME HOME FAIZ NASIR ?️?

Faiz Nasir telah selesai menandatangani kontrak untuk kembali bersama skuad TFC bagi…

Posted by Terengganu Football Club on Saturday, November 16, 2019

Sebelum kembali menyertai Terengganu FC, pemain berusia 27 tahun ini turut dikaitkan akan ke Kedah.

Walaupun sering kali disisihkan oleh Selangor, Faiz sempat menampilkan beberapa aksi yang baik bersama Selangor sehingga mendapat panggilan Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe bagi menghadapi kejohanan antarabangsa empat negara, Piala AIRMARINE 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 20 hingga 23 Mac 2019 yang lalu.

Merupakan tonggak utama Terengganu pada musim 2018 di bawah kendalian Irfan Bakti, Faiz kini berkata sudah sudah tidak sabar untuk kembali bersatu dengan bekas rakan sepasukannya dan membentuk gandingan baru dibawah kendalian pengendali TFC, Nafuzi Zain.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN