Terengganu FC Mungkin Tamatkan Kontrak Thierry Chantha Bin

Kekalahan 0-4 Terengganu FC kepada Pahang pada hari jumaat lalu memberi tamparan yang hebat kepada pengendali pasukan, Irfan Bakti yang jelas kecewa dengan prestasi beberapa pemain tempatan termasuk pemain import.

Berdasarkan prestasi terkini, Irfan kemungkinan akan membawa masuk pemain import baharu bagi menggantikan tempat pemain import dari Kemboja, Thierry Chantha Bin sebelum tarikh tutup jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.

Chantha Bin baru-baru ini kerap menjadi pemain gantian termasuk ketika pasukannya tewas kepada Pahang pada saingan suku akhir kedua Piala FA.

“Sebelum ini, pemain itu tidak berada dalam senarai yang bakal digantikan dengan pemain import lain tetapi dengan kemerosotan prestasinya termasuk corak permainan yang semakin tidak konsisten dan kerap hilang bola, kami mungkin akan cari pemain lain menggantikannya,” katanya dalam Arena Metro

FOTO: TFC

Pemain skuad kebangsaan Kemboja itu pernah menyarung jersi skuad kebangsaan Perancis bawah 17 tahun dan beraksi dengan cemerlang pada musim lalu apabila membantu Terengganu FC mara ke final Piala Malaysia.

Malah, beliau juga hampir meninggalkan Terengganu selepas diintai oleh kelab dari Thailand awal musim ini, kemudian memilih untuk kekal bersama skuad penyu dengan kontrak selama setahun.

Irfan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemain import yang bakal menggantikan tempat Chantha Bin dan akan mengumumkan dalam masa terdekat.

Dalam perlawanan menentang Pahang, Terengganu terpaksa akur selepas pintu gol mereka dirobek sebanyak empat kali menerusi Faisal Abdul Halim pada minit ketujuh, Dickson Nwakaeme (m-48 dan 63) dan Mohamadou Sumareh (m-74) sekaligus meleburkan impian untuk beraksi di separuh akhir Piala FA.

Peluang terbaik Terengganu hadir pada separuh masa kedua menerusi percubaan Lee Tuck (m-55) dan tandukan Tchetche (m-59) tetapi mudah diselamatkan penjaga gol lawan, Helmi Eliza Elias.

“Ketika itu kedudukan masih 1-0. Selepas percubaan tersebut, pemain-pemain saya ‘tidur’.

“Kami lambat melakukan serangan dan tidak berani dengan bola, menyebabkan hanya bermain dengan lambungan bola,” ujar Irfan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN