Pasukan dari Pantai Timur, Terengganu FC sudah memaparkan 25 rekaan logo untuk dipilih penyokong mereka. 25 buah rekaan telah dipaparkan di laman Facebook rasmi mereka.
Malah, ada pereka memaparkan rasional identiti dalam logo Terengganu FC. Ada yang mengenakan identiti haiwan seperti penyu, ini kerana Terengganu sinonim dengan haiwan tersebut.
Identiti kapal laut juga turut dikesan dalam beberapa rekaan. Identiti bulan dan bintang juga turut dimuatkan dalam beberapa buah logo.
Menariknya juga, ada logo yang diinspirasikan daripada jata kerajaan negeri Terengganu.
Hitam dan putih
Ya, warna rasmi pasukan Terengganu ialah hitam dan putih. Boleh dikatakan majoriti logo memakai kombinasi warna tersebut.
Tetapi pelbagai warna telah terpilih sebagai warna ketiga. Ada yang mengenakan warna kuning. Ada juga yang menggunakan warna emas.
Kelainan juga apabila ada yang menggunakan warna biru muda. Atau juga warna merah!
Bayangan
Sebagai pereka grafik, para peserta hendaklah memaparkan bayangan logo mereka ini digunakan. Sama ada terpapar di jersi atau cenderamata pasukan.
Malah, ada juga imaginasi logo pada badan bas pasukan. Memang hebat sungguh reka bentuk mereka.
Sikap terbuka Terengganu FC amatlah dipuji kerana memberi peluang bakat tempatan untuk merekabentuk logo. Mungkin pasukan-pasukan lain bolehlah mengikuti jejak langkah mereka pada masa hadapan.
Manakah logo pilihan anda semua? Jangan lupa untuk membuat undian. Kami pun tak sabar nantikan siapakah gerangan yang terpilih logonya!