Terengganu FC Lakukan Rombakan Kecilan Skuad Utama

Menjelang bersambungnya saingan Liga Malaysia yang berehat panjang untuk memberi laluan kepada saingan skuad kebangsaan di pentas antarabangsa, Terengganu FC telah melakukan rombakan kecilan terhadap skuad mereka.

Rombakan tersebut membabitkan pertukaran pemain di antara dua buah pasukan yang bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), iaitu Terengganu FC I (TFC I) dan juga Terengganu FC II (TFCII).

TFC I merupakan pasukan utama bola sepak di bawah naungan PBSNT yang bersaing di saingan unifi Liga Super pada musim ini.

Manakala TFC II adalah pasukan simpanan yang tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Malaysia Football Leagur (MFL) berkenaan pasukan simpanan yang bersaing di saingan Liga Malaysia 2018.

Sepertimana sistem yang mulai diamalkan oleh kelab bola sepak JDT, TFC II adalah pasukan simpanan kepada TFC I yang bersaing di 100Plus Liga Premier.

Di dalam pengumuman terbaru oleh Terengganu Football Club, tiga pertukaran membabitkan enam pemain telah dilakukan di antara kedua-dua pasukan.

Tiga pemain daripada TFC II, Alif Fitri, Haidhir Suhaini dan pemain import, Bruno Suzuki akan mulai beraksi untuk TFC I mulai perlawanan Liga Super yang seterusnya.

Manakala tiga pemain daripada TFC I, Ismail Faruqi, Shukur Jusoh dan juga pemain import Lee Junhyeob bakal menyertai TFC II.

Kehadiran Bruno Suzuki di TFC I dalam perlawanan akan datang turut menggandingkan semula pemain kelahiran Brazil-Jepun ini dengan bekas rakan sepasukan ketika masih bersama Negeri Sembilan, Lee Tuck.

Pertukaran membabitkan enam pemain tersebut dipersetujui oleh pengendali kedua-dua pasukan iaitu Haji Irfan Bakti ( Ketua Jurulatih & Pengurus pasukan TFC I) dan juga Mustaffa Kamal ( Ketua Jurulatih TFC II ) dalam satu majlis ringkas di ibu pejabat Terengganu Football Club.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN