Terengganu FC Buru Kemenangan Keempat Berturut-Turut

Terengganu

Skuad Terengganu FC tekad meneruskan rentak kemenangan berturut-turut apabila bakal membuat perhitungan dengan Kuala Lumpur di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur malam ini.

Selepas menewaskan Pahang, Perak dan Melaka United, Terengganu mahu menjadikan Kuala Lumpur sebagai mangsa yang seterusnya bagi merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Super.

Pengendali skuad itu, Irfan Bakti mengingatkan anak buahnya supaya memperagakan corak permainan sebenar sehingga wisel penamat dan kedua jurulatih 67 tahun itu mahu pertahanannya merantai 2 penyerang sensasi skuad kendalian Fabio Marciel.

“Dua pemain kelahiran Brazil itu harus dikawal rapi daripada bergerak bebas terutama berdekatan dengan kawasan gol kerana mereka mampu melakukan sesuatu jika mempunyai peluang terbaik untuk menghasilkan jaringan.

“Bagaimanapun saya berkeyakinan barisan pertahanan yang diketuai Igor Zonjic mampu memikul tugas itu dengan berkesan sebagaimana aksi sebelum ini.” katanya kepada Berita Harian.

Skuad Terengganu FC giat menjalani latihan sebelum bertemu Kuala Lumpur. FOTO: TFC

Irfan juga menarik nafas lega apabila perancang utama pasukan, Lee Tuck kembali menyarung jersi skuad itu selepas menjadi penonton ketika bertemu dengan Melaka United (MU), susulan menerima tiga kad kuning.

“Khidmat Tuck ditagih untuk mengemudi jentera tengah pasukan sambil mengharapkan semua pemain mampu memperagakan aksi terbaik dalam perlawanan itu nanti.

“Sasaran kita adalah untuk mengutip tiga mata bagi meneruskan rentak kemenangan dan berharap pemain mampu merealisasikan hasrat ini untuk mengelak daripada tercicir mata,” katanya.

Sementara itu, sentuhan penjaga gol baru, Sharbinee Allawee Ramli sangat diharapkan Kuala Lumpur apabila melayan kunjungan bekas pasukannya malam ini.

Sharbinie Allawee menjalani sesi latihan dengan skuad Kuala Lumpur sejak minggu lepas. FOTO: KLFA

Pengurus pasukan Kuala Lumpur, Datuk Kamaruddin Hassan mengesahkan Sharbinee sudah didaftarkan sebagai pemain The City Boys dan boleh diturunkan.

“Sudah tentu harapan tinggi diletakkan ke atas Sharbinee berdasarkan pengalaman luasnya. Malah dia juga memberikan komitmen yang cukup tinggi dalam latihan.

“Dia sudah hampir setahun tidak beraksi dan kita harap dia dapat semula sentuhannya. Jadi saya harap dia dapat memberikan yang terbaik jika diturunkan berdepan Terengganu,” kata Datuk Kamaruddin seperti dipetik dalam Berita Harian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN