Terengganu FC Bakal Bawa Masuk Dua Pemain Import Baharu

Hari ini jendela perpindahan kedua pemain Liga Malaysia bakal melabuhkan tirainya dan banyak pasukan Liga Super sudah mula melakukan rombakan kecil dalam barisan pemain mereka. Salah satu daripada pasukan tersebut ialah Terengganu FC.

Menurut sumber daripada Berita Harian, skuad penyu itu bakal mengumumkan dua pemain import baharu di posisi pertahanan dan tengah bagi memperkuatkan pasukan itu menghadapi perlawanan yang lebih mencabar selepas ini.

Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis masih belum ada pengumuman rasmi di laman facebook pasukan itu dan mereka dijangka akan berbuat demikian pada hari ini.

“Belum selesai lagi proses pendaftaran, selepas selesai pendaftaran esok (hari ini), kita akan buat pengumuman secara rasmi,” kata sumber itu.

Salah seorang daripada pemain Terengganu FC bakal digugurkan. FOTO: TFC

Biarpun identiti pemain import baharu itu tidak dapat didedahkan namun sumber daripada PBSNT itu memberi bayangan pemain Kemboja, Theirry Chantha Bin dan pemain kelahiran Montenegro, Igor Zonjic kemungkinan besar akan digugurkan ekoran prestasi yang tidak konsisten.

Malah dua pemain itu tidak beraksi ketika skuad itu mencatat kemenangan tipis 1-0 menundukkan Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Jumaat lalu.

“Kita akan tukar dua pemain import bagi memantapkan lagi pasukan,” kata sumber itu ringkas.

Namun begitu, Chantha Bin enggan memberikan sebarang kenyataan ketika diminta mengulas lanjut mengenai isu kemasukan dua pemain import baharu tersebut.

“Setakat ini masih belum dapat pengesahan secara rasmi lagi daripada TFC, jadi saya tidak boleh komen lebih lanjut,” katanya yang masih berminat untuk terus menyarung jersi Terengganu.

Situasi sama juga dinyatakan Zonjic yang masih belum mendapat pengesahan secara rasmi sama ada terus kekal bersama TFC atau digugurkan.

“Ia masih tidak rasmi lagi, saya perlu tunggu kerana segala keterangan dalam kontrak perlu dihormati. Ia akan rasmi bila semuanya berlaku,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN