Terengganu FC Akan Perkenal Dua Pemain Import Minggu Hadapan

Selepas melepaskan 12 pemain termasuk tiga pemain import, slot pemain asing Terengganu FC kini antara yang menjadi tumpuan.

Pasukan dari pantai timur ini dianggap berjaya melakukan ‘major signing’ yang baik bagi pemain tempatan di posisi yang diperlukan – selepas melepaskan 12 pemain keseluruhan selepas tamat saingan Liga Malaysia pada musim lalu.

Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain setakat ini hanya memiliki pemain tengah, Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov untuk saingan Liga Malaysia 2020 bagi slot pemain import.

Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, Nafuzi berkata dua pemain import baharu dijangka akan tiba seawal minggu hadapan bagi memperkuatkan skuad Terengganu FC bagi menghadapi saingan pada musim hadapan.

Nafuzi turut mengesahkan kedua-dua awang import baharu tersebut adalah dari benua Afrika, dan dijangka mengisi posisi pertahanan juga serangan skuad penyu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti dua pemain tersebut yang berasal dari negara sama.

“Mereka akan tiba di Terengganu pada Selasa atau selewat-lewatnya minggu pertama Disember ini untuk memulakan latihan bersama pasukan pada 5 Disember depan,” kata Nafuzi.

“Saya belum boleh umumkan identiti mereka kerana perlu selesaikan dahulu urusan dokumentasi.”

Antara pemain import dari Afrika yang dikaitkan dengan Terengganu FC setakat ini adalah Dominique Da Silva, bek tengah kelahiran Guinea, Fode Camara dan bekas pemain pertahanan Terengganu, Vincent Bikana.

Bagi slot pemain import dari ASEAN, Terengganu FC sudah pun berjaya mengesahkan kemasukkan penyerang sayap Singapura, Faris Ramli pada 7 November lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN