Terengganu Ditaja Oleh Syarikat Berbaur Ke Arah ‘Scammer’?

Terengganu nampaknya menjadi pasukan terbaharu yang mencipta kontroversi selepas pasukan itu dikatakan telah ditaja oleh sebuah syarikat yang sangat meragukan serta berada dalam senarai pemerhatian Bank Negara Malaysia (BNM)

Menurut perkongsian PW Community, Terengganu telah membuat kesilapan besar kerana menerima tajaan daripada syarikat XFOX yang sebelum ini berada dalam status sangat diragui menerusi skim perjalanan mereka untuk menghasilkan keuntungan.

Malah, BNM juga telah pun mengeluarkan kenyataan mengenai syarikat tersebut yang dikatakan tidak lulus sebagai panduan kepada orang ramai.

“Bank telah mengemas kini senarai Makluman Pengguna Kewangan. Senarai tersebut terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

“Sila ambil perhatian bahawa senarai tersebut tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM,” jelas kenyataan tersebut.

Terdahulu, Terengganu sah mendapat suntikan kewangan baharu untuk perjalanan mereka ke saingan Asean championship Shopee Cup yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn dan Syarikat XFOX Market Holdings Sdn Bhd telah bersetuju untuk Menandatangani Memorandum Persefahaman Penajaan Musim ini bagi ‘Platinum Sponsor’ untuk Asean Championship Club Shopee Cup 2024/2025 dan pihak syarikat bersetuju untuk menaja TFCSB secara tunai sebanyak RM1,500,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Lima Ratus Ribu) selama tempoh kejohanan itu dilangsungkan.

“Pihak TFCSB juga bersetuju bagi meletakkan logo syarikat XFOX Market Holdings Sdn Bhd pada jersi rasmi Terengganu FC bagi kejohanan ACC Shoppe Cup 2024/2025.

“XFOX Market Holdings Sdn Bhd merupakan salah sebuah syarikat yang berteraskan perkongsian keuntungan bersama perniagaan dan mempunyai beberapa cabang perniagaan lain seperti XFOX Steamboat & Grill, XFOX Sports Arena, XFOX Jewels, XFOX Frozen, XFOX Constuction, XFOX Wellness, XFOX Warehouse, XFOX Coffee dan lain-lain.

“Syarikat ini juga mampu dan yakin bahawa produk yang diperolehi di dalam perniagaan dapat memberi serba sedikit bantuan tambah nilai kepada kelab Terengganu FC secara keseluruhannya.

“Dengan kewujudan XFOX Sport Arena yang mempunyai padang-padang latihan yang berprestasi tinggi di Subang Bestari ia dapat menyumbang kualiti latihan kepada pasukan utama Terengganu FC.

“Pihak syarikat XFOX Market Holdings Sdn Bhd yakin akan juga mempunyai perancangan bagi menembusi pasaran global bersama Terengganu FC.

“Seterusnya yakin dengan kerjasama erat bersama TFCSB mampu menjadikan jenama XFOX & TFCSB meningkat dalam konteks perkembangan perniagaan dan sukan,” jelas kenyataan rasmi itu semalam.

Pada pandangan kami, kerajaan negeri Terengganu perlu mengkaji semula penajaan ini memandangkan syarikat tersebut sudah pun berada bawah pemerhatian BNM sejak tahun lalu lagi.

Malah, kebanyakan penyokong Sang Penyu juga turut gusar akan tajaan ini yang dianggap mampu mengancam nama baik pasukan tersebut untuk masa hadapan.

Ini kerana nama syarikat XFOX sebenarnya sudah pun menjadi bualan ramai rakyat Malaysia sejak tahun lalu lagi kerana skim mereka yang dianggap sangat meragukan.

Tetapi ianya dianggap mungkin tidak bermasalah jika Terengganu telah pun mendapat tajaan tersebut ke dalam akaun mereka untuk perjalanan pasukan walaupun nama syarikat tersebut sedikit menjadi kontroversi.

Pandangan anda pula?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN