Terengganu Dan Perak Buat Perhitungan Tentukan Juara Piala Malaysia 2018

Dalam previu final Piala Malaysia 2018 melibatkan Terengganu dan Perak kali ini, kami akan membentangkan beberapa statistik dan fakta melibatkan kedua-dua pasukan.

Terengganu vs Perak

Terengganu dan Perak dilihat memiliki kekuatan seimbang dalam final kali ini. Berbeza dengan beberapa edisi lalu di mana ada sebuah pasukan dianggap pasukan pilihan utama (clear favorite).

Bagaimana Terengganu dan Perak ke final

Terenggangu dan Perak diundi dalam kumpulan A sebagai pasukan pilihan kerana status mereka sebagai pasukan yang menamatkan liga di tempat ke-3 (Perak) dan ke-5 (Terengganu).

Selain Terengganu dan Perak, kumpulan ini juga terdiri daripada Felcra FC dan Kuala Lumpur.

Terengganu dan Perak terikat 10 mata dalam peringkat kumpulan. Namun skuad Sang Penyu menjadi juara kumpulan kerana statistik perbezaan jaringan.

Dalam peringkat kumpulan kedua dua pasukan bertemu 2 kali dan masing-masing mencipta 1 kemenangan. Kedua-dua pasukan melepasi kumpulan yang memiliki persaigan sengit.

Pada pusingan suku akhir, Perak menyingkirkan PKNS FC dengan agregate 2-0. Manakala Terengganu yang dibimbing Irfan Bakti menyingkirkan bekas pasukannya Felda United dengan agregate 6-4. Satu perlawanan ‘thriller’.

Pada separuh akhir, Perak menyingkirkan Sabah dengan agregate 7-2. Manakala Terengganu menewaskan pasukan pilihan yang juga juara bertahan, JDT dengan agregate 3-2.

Rekod pertemuan

Dalam 5 pertembungan terakhir Perak menang 3 kali dan Terengganu menang 2 kali. Dan Ini pula statistik Irfan Bakti vs Mehmet Durakovic.

Jelas sekali kedua-dua pasukan ini kerap menghadirkan ancaman kepada satu sama lain.

Pemain tumpuan

Gilmar (Perak)

Rembatan Gilmar Da Silva cuba dihalang oleh pemain Selangor. FOTO: PerakTBG

Gandingan beliau bersama dengan Wander Luiz sangat menggerunkan musim ini terutama sekali dalam saingan Piala Malaysia.

Gilmar kini hanya 1 gol di belakang De Paula untuk persaingan kasut emas.

Ashari Shamsudin (Terengganu)

Tidak dinafikan Terengganu Kipre dan Lee Tuck dengan 7 gol masing-masing setakat ini dalam Piala Malaysia. Sama seperti Gilmar 2 pemain ini hanya 1 gol di belakang De Paula.

Namun perhatian harus diberikan kepada Ashari Samsudin yang merupakan pemain penting Terengganu dalam saingan Piala Malaysia kali ini.

Beliau adalah pemain yang menjadi pilihan Irfan Bakti untuk posisi no.10. Dan beliau merupakan pemain tempatan paling prolifik. Beliau juga mencipta beberapa gol untuk rakannya.

Taktikal

Kedua-dua pasukan memiliki pendekatan yang hampir sama dengan ‘structured football’. Di mana fokus untuk stabilkan pertahanan dan kemudian baru membentuk serangan.

Kekuatan utama sistem Irfan Bakti adalah pada Kipre yang boleh turun sebagai ‘defensive forward’, mengutip bola daripada zon rendah dan menggerakkannya ke hadapan.

Manakala Perak pula menekankan aspek agresif di tengah. Mereka ada pemain seperti Brendan Gan dan Leandro yang sangat agresif.

Mehmet mengendalikan sesi latihan pasukannya di Stadium Perak, Ipoh.

Pertarungan di tengah akan menjadi menarik kerana Terengganu memiliki kualiti teknikal seperti Lee Tuck.

Kredit: Terengganu FC, Facebook.

Perak adalah pasukan yang jelas dengan kehendak Mehmet Durakovic iaitu hantar kepada Gilmar secepat mungkin.

Manakala pasukan Terengganu perlu mempercepatkan proses mendapatkan rentak mereka dalam final kali ini.

Namun dalam final, taktikal perkara kedua, yang penting cara untuk menang dalam apa cara sekalipun. Ianya perhitungan 90 minit ataupun 120 minit dan juga mungkin akan ditentukan dengan penentuan penalti.

Fakta perlawanan

  • Ini adalah final Piala Malaysia ke-3 untuk kedua-dua pasukan. Pada final sebelum ini, edisi 1998 dimenangi oleh Perak dan pada 2001 dimenangi oleh Terengganu.
  • Perak adalah pasukan ke-3 paling berjaya dalam sejarah Piala Malaysia dengan 7 kejuaraan di belakang Selangor (33) dan Singapura (24)
  • Terengganu sudah beraksi dalam 5 perlawanan akhir Piala Malaysia dan memenanginya sekali pada serta 4 kali naib juara
  • Perak pula sudah beraksi dalam 18 final Piala Malaysia. 7 juara dan 11 kali naib juara.
  • Selepas final dan kejuaraan terakhir 1999, Perak mara 2 kali selepas itu pada 2001 dan 2007, kedua-duanya tewas. Salah satu daripadanya tewas di tangan Terengganu.
  • Selepas final dan kejuaraan terakhir mereka pada 2001, Terengganu ada 1 lagi final pada 2011, namun ditewaskan oleh Negeri Sembilan

Sebelum wisel

Ini adalah pertarungan yang sangat seimbang di antara kedua-dua pasukan. Dengan karakter kedua-dua jurulatih yang hampir sama di tepi padang, nampak pendiam namun sangat berpengaruh.

Di atas padang mereka ada penyerang berbisa dan juga pemain tengah yang boleh menjaringkan gol.

Terengganu mahu mengakhiri penantian 17 tahun manakala Perak mahu mengakhiri penantian 18 tahun.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN