Terengganu City FC Cipta Sejarah Muncul Sebagai Juara Piala FAM 2018

Sebuah kelab kecil dari Terengganu iaitu Terengganu City FC (TCFC) mencipta sejarah apabila muncul sebagai juara Piala FAM 2018 selepas menewaskan Selangor United 2-0 di Stadium KLFA Cheras semalam.

TCFC atau nama gelarannya The Sharks membuka tirai jaringan menerusi Razihi Rasib pada minit ke-51.Razihi yang menerima umpanan Khairul Ramadhan tidak mensia-siakan peluang untuk meletakkan TCFC di depan.

FOTO: FAM

Jaringan itu memberi tekanan kepada Selangor United untuk mencari gol penyamaan. Mereka kembali memperkemaskan permainan, namun gagal menemui penyudah untuk mengikat kedudukan.

Masuk separuh masa kedua, TCFC terus selesa mendahului 2-0 hasil jaringan Khairul Ramadhan yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-72.

Semuanya berpunca apabila Razihi dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pemain pertahanan Selangor United.

Seminit sebelum tamat perlawanan, TCFC terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain gantian, Izzaq Faris Ramlan dilayangkan kad merah apabila mengasari pemain lawan.

FOTO: FAM

Kekurangan itu bagaimanapun tidak memberi kesan kepada TCFC apabila pengadil meniupkan wisel penamat sekali gus memberikan kemenangan mutlak buat kelab yang berpengkalan di Terengganu untuk membawa pulang trofi keramat Piala FAM.

Untuk rekod, TCFC dan Selangor United kedua-duanya bakal menjadi pencabar baharu dalam saingan Liga Premier musim depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN