Terengganu Bakal Umum Presiden Baharu Menggantikan Ahmad Razif

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) bakal mengumumkan Presiden baharu dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) di sebuah hotel di sini, petang ini.

Jawatan berkenaan dijangka diambil alih oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang melepaskan jawatan.

Setiausaha Agung PBSNT, Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil, berkata kepada Berita Harian, mantan Menteri Besar itu dijangka tidak mempertahankan jawatannya dalam EGM berkenaan.

“Ahmad Razif sebelum ini sudah menyatakan kesediaan untuk menyerahkan jawatan itu kepada kepimpinan baharu kerajaan negeri dalam kongres luar biasa yang dijadualkan berlangsung petang esok (hari ini).

“Turut bertukar adalah bagi jawatan timbalan presiden yang kini kosong selepas penyandangnya, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail meletak jawatan pada pertengahan Mei lalu,” katanya.

Kredit: Terengganu FC, Facebook.

Tengku Farouk berkata, dalam EGM itu juga, dua usul utama akan dikemukakan dan dibincangkan ahli persatuan bagi mengubah perlembagaan iaitu berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden PBSNT.

“Sebelum ini dua jawatan itu disandang melalui pemilihan ahli PBSNT. Tapi dalam kongres itu nanti, kita akan bawa usul supaya dua jawatan itu dilantik iaitu tanpa pemilihan dan jawatan presiden secara automatik disandang menteri besar.

“Bagaimanapun usul itu bergantung kepada sokongan ahli dalam mesyuarat itu. Sekiranya kami mendapat sokongan majoriti, kita akan merubah perlembagaan itu,” katanya.

Pada Disember 2016, Ahmad Razif yang ketika itu menjadi Menteri Besar Terengganu menang tanpa bertanding jawatan presiden dalam kongres luar biasa PBSNT bagi penggal 2017 hingga 2020 bagi menggantikan Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN