Terengganu Bakal Rekrut Pemain Tengah Menyerang Baharu Sebelum Liga Bermula?

Terengganu kini boleh dikatakan sudah pun berada dalam persiapan terakhir mereka untuk tampil dengan serba baik ,sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula tidak lama lagi.

Menerusi beberapa rombakan dibuat, pasukan tersebut sudah pun menandatangani ramai muka-muka baharu di segenap posisi, termasuk senarai tonggak import.

Musim ini menyaksikan pengendali baharu mereka iaitu Tomislav Steinbruckner bakal mengemudi Terengganu untuk saingan domestik serta cuba mencabar kejuaraan AFC selepas pasukan tersebut berjaya melayakkan diri.

Walaupun tampil dengan para pemain baharu serta menghadapi beberapa aksi pramusim, Tomislav dilihat masih lagi belum menemui rentak sebenar terutama sekali di bahagian kreativiti serangan.

Disebabkan itu, beliau kini sedang meninjau beberapa pemain tengah menyerang baharu yang akan dibawa masuk menyertai Terengganu sebelum saingan bermula.

Walaupun begitu, pengendali dari Croatia tersebut mengakui bukan suatu tugas mudah buat dirinya untuk mendapatkan pemain di posisi itu ketika ini.

“Tapi kami akan cuba sebaik mungkin dengan tiga nama sudah berada dalam perancangan.

“Hal ini bagi menyelesaikan barisan depan yang masih kurang tajam, lagipun sebagaimana kita tahu barisan penyerang memerlukan idea dan hantaran lebih baik untuk menjaringkan gol,” katanya menerusi Berita Harian.

Tambah Tomislav, keutamaan yang diberi kepada Terengganu kini ialah posisi serangan, setelah ramai muka-muka baharu menyertai pasukan tersebut musim ini.

Antara muka serangan baharu yang menghiasi pasukan tersebut ialah Ivan Mamut dari Croatia serta penyerang kebangsaan Thailand, Adisak Kraisorn, bekas penyerang lincah Melaka United musim lalu, Sony Norde, selain mereka turut mengekalkan Jordan Mintah.

Menerusi jelajah pramusim Terengganu di Thailand nanti akan menjadi medan terbaik buat Tomislav untuk menilai segala kelemahan yang ada dalam skuadnya serta cuba membentuk gandingan terbaik untuk mencari bayangan awal kesebelasan utama.

Sepanjang berada di sana, Terengganu akan menghadapi empat perlawanan yang membabitkan pasukan berbeza dan akan berlangsung selama seminggu.

“Saya tahu kehadiran saya ke sini untuk mencapai keputusan yang baik terutama dengan rekod pada musim lalu begitu bagus,” katanya.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN