Terengganu Bakal Pertaruh Penyerang Harimau Malaya Untuk Hadapi Shan United

Terengganu berkemungkinan besar bakal mempertaruhkan pemain serangan Harimau Malaya iaitu Engku Nur Shakir di posisi hadapan dalam kesebelasan utama bagi menghadapi cabaran Shan United.

Terdahulu, Sang Penyu bakal menghadapi cabaran getir bagi perlawanan ketiga ACC Shopee Cup dengan pertemuan seterusnya membabitkan pasukan itu menentang wakil dari Myanmar, Shan United.

Melihat kepada rekod sebelum ini, Terengganu hanya meraih satu keputusan seri serta sekali kekalahan dan sudah tentu skuad kendalian Badrul Afzan Razali itu tidak boleh keciciran mata lagi.

Walaupun begitu, Sang Penyu menghadapi kesukaran kerana mereka terpaksa melupakan hasrat untuk menggunakan tiga penyerang import atas masalah telah dihadapi.

Bermula dengan Ivan Mamut yang masih lagi belum pulih daripada kecederaan untuk dibawa turun, isu Nelson Bonilla pula tidak sempat didaftarkan dalam saingan ACC Shopee Cup.

Sementara Ismaheel Akinade juga terpaksa melupakan perlawanan itu kerana Myanmar tidak membenarkan pemain Afrika beraksi di sana menerusi peraturan ditetapkan.

“Tiga penyerang import, iaitu Nelson Bonilla, Ivan Mamut dan Ismaheel Akinade tidak dapat diturunkan kerana beberapa masalah.

“Bonilla tidak sempat didaftarkan untuk Piala Shopee kerana beliau masuk pada jendela perpindahan kedua manakala Mamut baru pulih daripada kecederaan dan dijangka tiba di Terengganu pada 10 Jan.

“Sementara Ismaheel pula terpaksa diketepikan kerana peraturan Myanmar tidak membenarkan pemain dari Afrika masuk ke negaranya,” kata beliau menerusi petikan Sinar Harian.

Walaupun begitu, Badrul Afzan dilihat tidak terlalu gusar kerana beliau menaruh kepercayaan tinggi kepada pemain tempatan sedia ada untuk menghadapi cabaran lawan.

Pemain Malaysia iaitu Engku Nur Shakir boleh dianggap sebagai pelapis terbaik untuk dibawa turun pada perlawanan tersebut setelah dirinya telah membuktikan keupayaan di posisi serangan.

Malah, penyerang muda Terengganu iaitu Syahmi Zamri juga dilihat mampu untuk mengisi kekosongan tersebut biarpun beliau masih belum merekodkan sebarang jaringan musim ini.

Selain itu, Safawi Rasid serta Akhyar Rashid juga mampu untuk menambah rencah di posisi serangan kelab tersebut menerusi pengalaman serta kualiti kedua pemain tersebut.

Sumber:
Sinar Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN