Kebelakangan ini tular di media sosial mengenai Terengganu yang telah dikaitkan dengan beberapa pemain import baharu untuk saingan pada musim hadapan.
Antara yang bertiup kencang, pasukan tersebut telah pun dikatakan bakal mengikat salah seorang pemain import yang berasal dari Indonesia.
Pemain tersebut merupakan salah seorang tonggak utama yang beraksi bersama skuad kebangsaan Indonesia dan kini mewakili salah satu kelab tempatan di sana iaitu Persib Bandung.
RUMOURS! Runner Up 🇲🇾MSL 2022, 🇲🇾Terengganu FC dikabarkan tertarik dengan Gelandang Persib dan Timnas Indonesia, Ricky Kambuaya (26)
Kambuaya yang masih berstatus sebagai pemain baru Persib masih terikat kontrak hingga akhir musim 2023/24. pic.twitter.com/qBUACAt983
— . (@Indostransfer) October 26, 2022
Ricky Kambuaya secara tiba-tiba menjadi tular di media sosial dan beliau dikaitkan bakal menjadi salah seorang pemain import baharu Terengganu musim hadapan.
Tambah menguatkan khabar angin tersebut, salah satu kelab peminat Persib Bandung turut menyatakan perkara yang sama di Facebook semalam dan mendapat pelbagai reaksi penyokong.
Menurut laman tidak rasmi tersebut yang bernama Berita Persib Bandung, mereka mengesahkan kehadiran Ricky untuk bergabung bersama salah satu pasukan saingan Liga Malaysia iaitu Terengganu.
Sebelum itu lagi, laman Twitter #PrayForAremania turut mengaitkan berita perpindahan Ricky bersama Terengganu pada penghujung bulan lalu dan kini perkara tersebut menjadi semakin sensasi.
Ricky ketika ini masih lagi mempunyai baki kontrak bersama Persib Bandung sehingga tahun 2024, dan Terengganu perlu membayar pampasan untuk menebus beliau sekiranya berminat untuk membawa pemain tersebut musim hadapan.
Seperti diketahui, Ricky menjadi salah satu tonggak penting buat pasukan kebangsaannya pada tahun lalu dan menjadi bualan hangat dalam kalangan penyokong bola sepak Asia Tenggara.
Kejayaan beliau bersama rakan sepasukan telah membantu Indonesia untuk melayakkan diri ke pentas akhir Piala AFF tahun lalu untuk membuat perhitungan bersama Thailand.
A beautiful run by Ramai Rumakiek down the left, and an excellent finish by Ricky Kambuaya 👌⚽️#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #THAvIDN pic.twitter.com/uWAWnPoQMu
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 1, 2022
Pemain yang beraksi di posisi tengah bertahan itu memiliki pakej yang sangat baik dari segi kekuatan fizikal, kawalan bola, stamina tinggi, serta mampu melepaskan rembatan yang padu untuk menghasilkan gol.
Sekiranya pemain tersebut menyertai Terenggamu, beliau bakal menjadi salah satu aset penting buat pasukan tersebut yang turut akan bersaing dalam aksi Piala AFC musim hadapan.
Pengalaman pemain berusia 26 tahun itu boleh menjadi sesuatu yang sangat diharapkan oleh Terengganu di bahagian tengah untuk mereka tampil lebih kuat berbanding sebelum ini.