Young Titans Mengamuk, Belasah Curve FC 8-0 Dalam Saingan TAL2017

Minggu ke-8 Terengganu Amateur League (TAL2017) terus menyajikan aksi-aksi yang menarik baik di Liga Super dan juga Liga Perdana.

Liga Super

Laporan untuk Liga Super dimulakan dengan kemenangan selesa Island FC terhadap Delima Warriors.

Island FC mencatatkan kemenangan 3-0 menerusi jaringan oleh Muhammad Hazim pada minit ke-8 dan minit ke-48.

Satu lagi jaringan dihasilkan oleh Che Muhammad Hilmi pada minit ke-64.

CND FC pula mencatatkan kemenangan selesa 2-0 ke atas Gemuda FC.

2 jaringan CND FC terhasil menerusi Mohammad Rozaimi pada minit ke-21 dan Norikhwan Musa pada minit ke-36.

Kebilal Markless mencatatkan kemenangan tipis ke atas UMT-Pemanis FC dengan jaringan 3-2.

Walaupun 5 gol terhasil dalam perlawanan ini, namun perlawanan ini hanya ‘hidup’ pada separuh masa kedua sahaja.

Ia bermula dengan jaringan Muhammad Adib untuk Kebilal Markless pada minit ke-49 sebelum Firdaus Musa menyamakan kedudukan untuk UMT-Pemanis FC pada minit ke-56.

Kebilal Markless memperoleh gol kedua mereka menerusi Mohd Zulkarnain pada minit ke-62 sebelum UMT-Pemanis FC memperoleh gol kedua menerusi Hakim Romeli pada minit ke-64.

Gol kemenangan Kebilal Markless terhasil menerusi Sarzely Naain pada minit ke-84.

2 lagi perlawanan Liga Super berakhir dengan jaringan 0-0.

TFFC diikat oleh pasukan Perkasa Alam sementara Separa Elit seri tanpa jaringan dengan PBSMT-Lanjerket.

Gambar: TAL

Liga Perdana

Aksi Liga Perdana pula menyaksikan Ayahanda FC mencatatkan jaringan 1-0 ke atas BGD FC.

Gol tunggal Ahmad Farhan pada minit ke-87 sudah cukup untuk memberikan 3 mata buat Ayahanda FC.

Real Chukai pula terpaksa berpuas hati dengan 1 mata selepas mereka terikat seri 1-1 dengan Pikat FA.

Tuan Shahzan menjaringkan gol untuk Pikat FA pada minit ke-34 sebelum Afif Nasrullah pada minit ke-69.

ETE FC pula berjaya mendapatkan 3 mata selepas menewaskan Sixma FC 3-2.

Muhammad Hafidz menjaringkan gol pertama ETE FC pada minit ke-25 sebelum Nor Kamali menyamakan kedudukan untuk Sixma FC pada minit ke-32.

Ibrahim menjaringkan gol kedua ETE FC pada minit ke-52 sebelum Ahmad Syazni mengesahkan 3 mata untuk ETE FC dengan jaringan pada minit ke-80.

Mohammad Anas berjaya mendapatkan jaringan untuk Sixma FC pada minit ke-91 namun ia sudah terlambat buat mereka.

Tumpuan pada Liga Perdana TAL2017 terarah kemenangan besar yang dicatatkan oleh Besut FA dan juga Young Titans.

Besut FA merakamkan kemenangan 5-0 ke atas BTK FC dengan salah seorang pemain mereka mencatatkan hatrik!

Muhammad Abdullah meletakkan Besut FA di hadapan dengan jaringan pada minit ke-12.

Gambar: TAL

Selepas itu, Syahid Azrai menjaringkan gol kedua Besut FA dengan jaringan pada minit ke-14 sebelum Syamil Daneal menjaringkan gol ketiga mereka pada minit ke-20.

Separuh masa kedua menyaksikan Syahid terus mengganas dengan menjaringkan gol kedua peribadi beliau pada minit ke-71 sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-75.

Kemenangan besar Besut FA itu bagaimanapun dibayangi dengan kemenangan yang lebih besar oleh Young Titans.

Mereka berjaya mencatatkan kemenangan 8-0 ke atas Curve FC!

Che Izuwan meletakkan Young Titans di hadapan dengan jaringan seawal minit ke-5 sebelum Kamal Aiman menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-22.

Ahmad Firdaus pula tiba dengan jaringan gol pada minit ke-29 sebelum Tuan Murqis menjaringkan gol keempat Young Titans pada minit ke-61.

Iqhmal Najmie pula hadir dengan 2 jaringan yang terhasil pada minit ke-66 dan juga minit ke-71.

Eizuranie Idham pula menjaringkan gol ketujuh dengan jaringan pada minit ke-77 sebelum Che Izuwan melengkapkan kemenangan bergaya Young Titans dengan gol kelapan pada minit ke-89.

Begitulah rangkuman untuk aksi ke-8 bagi TAL2017. Di sini disertakan dengan keputusan penuh bagi kesemua perlawanan:

Liga Super

  • Delima Warriors 0-3 Island FC
  • TFFC 0-0 Perkasa Alam
  • Separa Elit 0-0 PBSMT-Lanjerket
  • Gemuda FC 0-2 CND FC
  • UMT-Pemanis FC 2-3 Kebilal Markless

Liga Perdana

  • Ayahanda FC 1-0 BGD FC
  • Besut FA 5-0 BTK FC
  • Young Titans 8-0 Curve FC
  • Real Chukai 1-1 Pikat FA
  • Sixma FC 2-3 ETE FC

Kini disertakan pula kedudukan Liga Super dan Liga Perdana selepas 8 perlawanan:

Liga Super

Liga Perdana

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN