Saingan Terengganu Amateur League Bermula, Real Chukai Menang Besar Di Hari Pertama!

Saingan Terengganu Amateur League (TAL) telah pun membuka tirainya tempoh hari dengan saingan bagi divisyen Super dan Perdana telah pun diadakan.

3 lokasi telah menjadi pilihan dengan Padang A, Padang B dan juga Padang C di Kompleks Sukan Gong Badak telah menjadi pilihan lokasi perlawanan.

Selain itu, padang di SM Teknik Terengganu juga telah menjadi lokasi TAL tempoh hari.

Liga Super

Saingan bagi divisyen teratas TAL ini menyaksikan 3 pasukan berjaya mendapatkan kemenangan selesa dalam aksi pertama mereka dalam saingan liga kali ini.

Pasukan UMT-Pemanis FC berjaya menewaskan CND FC dengan jaringan 3-0 dengan Wan Ismail menjaringkan gol pada minit ke-18 dan minit ke-59.

Gol ketiga mereka kemudiannya dijaringkan oleh Mohd Syukirin pada minit ke-61.

Selain UMT-Pemanis FC, Kebilal Markless ST juga mencatat kemenangan selesa dengan menewaskan Perkasa Alam dengan jaringan 3-0.

Nik Aznil menjaringkan 2 gol pada minit ke-18 dan minit ke-27 sebelum Muhammad Adib menambah derita Perkasa Alam dengan gol pada minit ke-37.

Gemuda FC pula berjaya mencatatkan kemenangan tipis ke atas Separa Elit-ATFC dengan jaringan 2-1.

Muhammad Yazid menjaringkan gol pada minit ke-26 dan Muhammad menjaringkan gol pada minit ke-46.

2 gol itu menutup pendahuluan yang dijaringkan oleh Faiz Firdaus pada minit ke-19 oleh pasukan lawan.

Delima Warriors dikalahkan 2-1 oleh TFFC dalam satu lagi perlawanan Liga Super TAL.

Ariff Hakim dan Ahmad Zulfadhli menjaringkan gol untuk TFFC pada minit ke-5 dan juga minit ke-76.

Gol Delima Warriors dijaringkan oleh Adan Hakimin pada minit ke-68.

Satu lagi perlawanan melibatkan Island FC dan juga PB Melayu Terengganu-Lanjerket berakhir dengan seri tanpa jaringan.

Liga Perdana

Untuk saingan Liga Perdana TAL, Real Chukai menikmati kemenangan terbesar minggu ini apabila membenam BGD FC dengan jaringan 4-2.

Izzan Syahmi muncul pemain terbaik minggu ini apabila merakam hatrik dengan gol-gol pada minit ke-3, minit ke-31 dan minit ke-34.

Satu gol Real Chukai dijaringkan oleh Muhammad Adham pada minit ke-19.

BGD FC pula menjaringkan gol menerusi Fahmi Asyraf pada minit ke-63 dan juga Amar Muzakir pada minit ke-75.

2 keputusan seri dicatatkan di saingan Liga Perdana apabila Ayahanda FC diikat 2-2 dengan Young Titans FC.

Che Mohd Hakimi menjaringkan 2 gol pada minit ke-63 dan minit ke-77 untuk Ayahanda FC sementara Amirul Samsuddin dan Shafiq Ikhwan menjaringkan gol pada minit ke-12 dan juga minit ke-81.

Satu lagi keputusan seri adalah membabitkan Besut FC dan juga Sixma FC yang berakhir dengan 1-1.

Muhammad Aimanuddin menjaringkan gol pada minit ke-31 untuk Sixma FC sebelum disamakan oleh Syarid Azrai pada minit ke-59 untuk Besut FC.

Pikat FA dan juga ETE FC juga mencatatkan kemenangan selesa apabila menang 2-0 ke atas lawan masing-masing.

Pikat FA menewaskan BTK FC dengan jaringan hadir menerusi Aizat Asyraf dan Mohd Shamil pada minit ke-16 dan minit ke-85.

ETE FC pula menewaskan Curve FC selepas Ahmad Faizol menjaringkan 2 gol pada minit pertama perlawanan dan minit ke-60.

Berikut merupakan keputusan penuh bagi saingan minggu pertama Liga Super dan Liga Perdana TAL2017:

Liga Super

  • CND FC 0-3 UMT-Pemanis FC
  • Kebilal Markless ST 3-0 Perkasa Alam
  • Island FC 0-0 PB Melayu Terengganu-Lanjerket
  • Gemuda FC 2-1 Separa Elit-ATFC
  • Delima Warriors 1-2 TFFC

Liga Perdana

  • Ayahanda FC 2-2 Young Titans FC
  • Besut FC 1-1 Sixma FC
  • BGD FC 2-4 Real Chukai
  • BTK FC 0-2 Pikat FA
  • Curve FC 0-2 ETE FC

Dan ini merupakan kedudukan liga selepas 1 perlawanan:

Liga Super

Liga Perdana

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN