Terengganu Akhirnya Akan Lanjutkan Kontrak Nafuzi Zain?

Nafuzi Zain

Teka-teki mengenai masa depan pengendali Terengganu, Nafuzi Zain dijangka bakal menemui titik nokhtahnya apabila beliau dijangka akan kekal di Gong Badak untuk musim depan.

Sebelum ini, Nafuzi dikatakan bakal menyertai sebuah pasukan di Utara dengan Kedah Darul Aman dilihat sebagai potensi destinasi selepas pemergian Aidil Sharin.

Namun, segalanya masih belum lagi dapat disahkan dengan Nafuzi masih lagi mengharapkan Terengganu akan hadir memberikan lanjutan kontrak.

Menurut laporan wartawan Utusan Malaysia, Tengku Danish Bahri, beliau di Twitter mengatakan yang Terengganu akhirnya mendengar permintaan tinggi penyokong pasukan itu yang mahu menyaksikan Nafuzi terus kekal mengendalikan skuad Penyu.

Kata Danish, Nafuzi dijangka akan diberikan lanjutan kontrak selama setahun untuk terus mengemudi Terengganu selepas memberikan persembahan yang baik dalam kempen Liga Super.

Kejayaan layak ke Piala AFC musim hadapan menjadi faktor mengapa Nafuzi masih diberikan lanjutan kontrak.

“Ahli lembaga pengarah berpuas hati dengan pencapaian KPI dan Nafuzi Zain diberi masa 14 hari untuk memberikan jawapan,” ciap Danish di Twitter.

Lebih menarik, pengurusan tertinggi Terengganu turut mahu mengekalkan ketua jurulatih Terengganu II, Terengganu III dan Terengganu IV.

Nafuzi pilihan sukaramai

Apa yang dilakukan oleh Nafuzi kepada Terengganu jelas sekali amat disenangi oleh para penyokong.

Walaupun masih belum menghadiahkan sebarang kejuaraan, tetapi dengan kestabilan yang dibawa oleh beliau kepada pasukan membuatkan penyokong Terengganu berasa – kenapa nak singkirkan beliau?

Malah tinjauan yang dilakukan oleh laman bola sepak pro-Terengganu, Football Terengganu mendapati yang Nafuzi adalah satu-satunya calon yang penyokong mahukan.

Dalam bancian yang dilakukan, majoriti 2/3 penyokong Terengganu jelas mahukan Nafuzi kekal untuk mengendalikan pasukan berbanding

Mereka lebih mahukan Nafuzi daripada Tomislav Steinbruckner yang merupakan pengarah teknikal skuad Penyu sendiri.

Mesej jelas yang diberikan oleh penyokong yang mahukan Nafuzi untuk kekal, namun sikap pengurusan yang terlalu berlenggang dalam melanjutkan kontrak jelas tidak disenangi mereka.

Tawaran kontrak selama setahun juga dilihat tidak berbaloi jika hendak dikira mengenai jasa yang telah dilakukan oleh beliau membentuk pasukan yang stabil.

Segalanya telah terletak di atas meja, hanya tinggal Nafuzi sahaja mahu terima atau tidak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN