Pep Guardiola menganggap kekalahan Manchester City adalah berpunca dari kegagalan menyekat kelincahan Ivan Toney yang menjaringkan dua gol untuk memberi kemenangan Brentford ke atas juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) terebut.
Malah ia berlaku kurang dari 48 jam selepas penyerang berusia 26 tahun itu terlepas dari senarai skuad England ke Piala Dunia 2022.
Kekalahan Manchester City itu juga merupakan yang pertama di tempat sendiri sejak Februari dan menamatkan rentetan rekod tanpa kalah untuk 20 perlawanan, meletakkan skuad The Citizen kekal di tangga kedua dengan 32 mata sebelum liga berehat sehingga kejohanan di Qatar bermula.
Thursday: Ivan Toney isn't selected in England's World Cup squad.
Saturday: Ivan Toney scores his 20th goal of the year… against Man City.
His celebration 👀 pic.twitter.com/iYKo7gRPvR
— ESPN UK (@ESPNUK) November 12, 2022
“Hari ini pasukan yang lebih baik menang, Toney cukup mengagumkan buat mereka” respon Guardiola dalam sidang media selepas perlawanan.
“Kami hadapi banyak masalah. Kami tidak dapat bermain dengan garisan tinggi kerana mereka tidak membenarkannya dengan taktik hantaran jauh dari penjaga gol kepada penyerang.
“Dengan proses seperti itu, kami tak dapat menguasai permainan kerana apabila Toney terima sahaja bola dia akan mencetuskan masalah.
“Dia memang pemain yang bagus, boleh menangi perebutan bola dengan semua pertahanan, kami gagal untuk mengawal keadaan seperti itu sehingga memberi kesengsaraan kepada barisan pertahanan.”
Toney yang sudah menjaringkan 10 gol pada musim ini turut ditanya mengenai keciciran namanya dalam skuad ke Piala Dunia.
“Ia memang amat mengecewakan, tetapi dengar, saya tahu apa yang saya mampu buat dan saya tak mahu ia membuatkan [moral] saya jatuh. Saya mahu terus fokus dan buat yang terbaik untuk Brentford.”
"I won't let it put me down, I'll keep pushing with Brentford!"
Ivan Toney talks missing out on a place in the England squad after bagging a brace to secure the win for his side over Man City!
🎙️ @TheDesKelly pic.twitter.com/A7e2I1jg74
— Football on TNT Sports (@footballontnt) November 12, 2022
Bagi pengendali Brentford, Thomas Frank, beliau menghormati pilihan Gareth Southgate, namun berharap sekiranya berlaku kecederaan kepada mana-mana pemain, nama Toney dapat dipertimbangkan,
“Dia telah buktikan hari ini apabila berdepan pasukan terbaik di dunia. Sudah tentu dia dan saya rasakan dirinya layak untuk berada dalam pasukan tetapi kami perlu lihat dari sudut pandang Gareth [Southgate] kerana kami tidak nampak siapa yang betul dan siapa yang salah.
“Ivan mempunya keluarga yang baik di sampingnya. Saya dah kenal dia cukup lama dan saya yakin dia akan kembali lebih baik selepas ni, tapi ketika ini saya bersimpati atas nasibnya.”