‘Terbenam’ Khabar Angin, Brendan Gan Terus Komited Di Selangor

Brendan Gan Selangor FC kanser ACL kecederaan bangkit 2022

Brendan Gan kekal komited bersama Selangor FC biarpun terdapat khabar angin tentang penghijrahannya untuk saingan Liga Super musim 2023.

Semalam, Selangor mengumumkan khabar gembira itu di media sosial mereka dengan Brendan akan kekal untuk musim ke-4 bersama mereka.

Brendan mula menyertai ‘The Red Giants’ pada musim 2020 dan telah membuat hampir 50 penampilan dalam semua pertandingan di Selangor.

Pada musim ini, beliau telah membuat 26 penampilan dan membuat satu ‘assists’ dan lima jaringan gol – gol terbanyak dalam tiga musimnya.

Kapten Selangor itu ketika ini berada di kem latihan skuad kebangsaan sebagai persediaan untuk ke Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang akan berlangsung pada bulan ini. Beliau juga membuat penampilan dalam aksi pemanas badan kedua menentang Maldives – Malaysia menang 3-0.

Tentunya, khabar ini adalah tonik terbaik buat dirinya sebelum saingan Piala AFF membuka tirai pada 21 Disember depan. Namanya telah tersenarai untuk bersama-sama ke kejohanan tersebut selepas diumumkan secara rasmi senarainya oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.

Sebelum ini, di media sosial, terdapat pelbagai cerita tentang masa depan pemain yang berusia 34 tahun itu. Antaranya, beliau akan menyertai revolusi di kem Kedah Darul Aman FC seperti dilaporkan portal Majoriti, sebelum ini.

Malah, tindakan Selangor ‘menyimpan’ khabar tentang kontrak Brendan ini sehingga semalam mengundang resah di kalangan penyokong mereka.

Mungkin ramai menjangkakan Brendan akan memilih haluan baru pada musim 2023. Sejarah kariernya di Malaysia menyaksikan Kelantan sebagai destinasi paling lama beliau kekal beraksi iaitu selama tiga musim. Ini menjadi Selangor kini sebagai pasukan paling lama disertai setakat ini.

Kapten Selangor, Brendan Gan Disahkan Menghidap Kanser

Tiga keadaan yang hampir memusnahkan karier Brendan Gan, namun beliau bangkit penuh inspirasi daripada ketiga-tiganya dan terma, “bagai burung phoenix bangkit dari abu” adalah amat tepat menggambarkannya.

Dua kali dirundung kecederaan ACL dan kemudian kanser pula, bukan kepalang ujian dalam hidupnya. Selepas melalui saat sukar didiagnosis dengan penyakit kanser dan melalui kemoterapi, Brendan mengalami kecederaan pula ketika melalui rehabilitasi untuk kembali turun beraksi.

Akhirnya, beliau sudah kembali ke padang dan beraksi cemerlang bersama Selangor terutamanya di saingan Piala Malaysia lalu. Malah, beliau sudah kembali untuk bersama Harimau Malaysia sejak September yang lalu.

Diharapkan kontrak baru bersama Selangor akan membangkitkan auranya bersama Harimau Malaya di saingan Piala AFF, mungkin menjuarainya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN