Quantcast

BERITA

Terbaik Dunia, Ronaldo Yakin Dirinya Bukan Sekadar Cakap Kosong

Cristiano Ronaldo sekali lagi menerima penghargaan peribadi apabila memenangi Anugerah Pemain Terbaik Portugis dalam acara gala Quina Awards, mengatasi Rui Patricio dan Bernardo Silva.

Ronaldo mendapat 65% undian mengatasi Patricio dengan 18% dan Bernardo dengan 17% undian.

Ronaldo pernah menghangatkan perdebatan di kalangan peminat bola sepak apabila dalam ucapan kemenangan Ballon d’Or ke-5, beliau mengiktiraf dirinya pemain terbaik dalam sejarah.

(Photo credit should read YURI CORTEZ/AFP/Getty Images)

Ini selepas beliau membantu Real Madrid memenangi La Liga dan UCL. Dengan anugerah ini, beliau mahu membuktikan kepada pengkritik yang beliau adalah betul. Bercakap kepada media, Cristiano Ronaldo berkata:

“Saya berbesar hati dengan anugerah ini dan terima kasih kepada semua yang hadir di sini. Ini juga anugerah untuk kesemua rakan saya selepas tahun 2017 yang cemerlang secara berpasukan dan juga individu.”

“Saya juga menujukan kemenangan ini kepada anak ke-4 saya. Ini satu rekod, 3 ‘anak’ dalam 3 bulan.”

“Kita harus mempertahankan apa yang kita miliki kerana kita orang Portugis sentiasa melawan.”

“Saya selalu percaya dan berkata saya yang terbaik, tak kisah apa mereka kata, dan kemudiannya saya akan tunjukkannya di dalam padang. Kita semua dalam perjuangan dari tahun ke tahun.”

Sepanjang musim 2016/17, Cristiano Ronaldo menjaringkan 42 gol daripada 46 gol. Dan musim ini sudah mencatatkan 37 gol daripada 35 perlawanan setakat ini. Aksi terakhir beliau adalah mencatatkan 4 gol dan hatrik ke-50 dalam karier.

Selain daripada Ronaldo, Jose Mourinho diberikan anugerah khas kerana cemerlang dalam tugasannya menjadi duta bola sepak Portugal di luar negara.

Manakala Leonardo Jardim dianugerahkan jurulatih terbaik 2017 selepas membantu Monaco juara Ligue 1 pada 2016/17.