‘Terasa Diri Tak Dihargai’- Kenyataan Eric Dier Buat Peminat Sedih

Para penyokong Tottenham Hotspur merasa sangat sedih selepas mendengar kenyataan dari mulut Eric Dier dan mereka terkilan atas tindakan kelab ke atas pemain pertahanan itu.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh akaun media sosial milik kelab, peminat terdengar kenyataan menyedihkan dari Eric Dier dan rata-rata dari mereka sangat terkesan dengan hal tersebut.

Para pemain kini sudah kembali menyertai kelab masing-masing selepas mereka sebelum ini menjalani tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan.

Tottenham Hotspur yang kini sedang berada di puncak saingan liga turut menyambut kepulangan para pemain mereka yang datang untuk menjalani sesi latihan.

Memandangkan mereka antara kelab yang memiliki rekod tanpa kalah dalam saingan liga ketika ini, maka tidak hairanlah mengapa seluruh kem Spurs teruja untuk kembali bersama.

Tottenham Hotspur di bawah kendalian Ange Postecoglou jelas sekali sangat luar biasa dan mereka kini merupakan calon kegemaran untuk bergelar juara.

Kelab dari London itu memulakan sesi latihan mereka bagi persiapan bertemu Fulham pada malam minggu nanti.

Pasukan media Spurs juga sangat teruja untuk kembali bertugas dengan mereka telah menyajikan satu video exclusive kepada peminat di laman media sosial.

Walau bagaimanapun, reaksi peminat kepada video tersebut sepertinya tidak seperti yang diharapkan oleh pasukan media Tottenham Hotspur.

Video tersebut menunjukkan bagaimana pasukan media menyambut kedatangan pemain dan mereka menyiarkan video ketika Dier tiba ke pusat latihan.

Ketika Dier berjalan ke arah kamera, beliau sempat mengeluarkan satu kenyataan yang sebenarnya telah membuatkan penyokong bersedih mendengarnya.

“Kamu tak perlu merakam saya, tak ada masalah. Saya tahu kamu tak akan gunakannya.”

Melihat video tersebut, para peminat telah meninggalkan komen yang menunjukkan rasa simpati ke atas bintang England itu dan merasakan yang beliau sepertinya tidak dihargai oleh kelab.

“Saya sendiri baru perasan, memang dah jarang dengar tentang Eric, sedih dengar kenyataan dia.”

Tulis peminat di media sosial.

“Saya rasa apa yang Eric rasa. Pekerja yang sangat bagus dan sangat profesional. Agak memalukan melihat dia terpinggir.”

“Eric Dier kata ‘Kamu tak perlu rakam, saya tahu kamu tak akan gunakannya.’ Ayat itu merobek hati saya dan merosakkan mood saya hari ini.”

“Seorang pemain yang setia kepada kelab dan sebagai seorang yang sudah melakukan segalanya untuk kelab saya rasa dia tidak dihargai. Sangat menyedihkan.”

“Memang menyedihkan untuk melihat dia diperlakukan seperti ini, memikirkan yang dia seorang pemain yang bagus, tak ada apa boleh saya lakukan melainkan berkongsi rasa simpati terhadap dia.”

Eric Dier merupakan antara pemain paling lama berkhidmat untuk kelab pada ketika ini, namun begitu beliau sepertinya tidak mendapat tempat di bawah kendalian Postecoglou.

Sepanjang musim ini, pemain pertahanan itu masih belum membuat sebarang penampilan dan hal itu menyebabkan ramai percaya beliau bakal meninggalkan kelab tidak lama lagi.

Walau pernah menjadi nadi penting untuk skuad Spurs, namun kini beliau sudah hilang tempat dan sepertinya akan sangat sukar untuk merebut tempat dalam skuad utama.

Dengan Spurs kini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka, sepertinya sukar untuk melihat Postecoglou mengubah taktikalnya.

Dan atas alasan itulah yang menyebabkan ramai percaya bahawa Eric Dier mungkin akan meninggalkan kelab dalam masa terdekat ini.

Adakah Dier sekadar bergurau atau beliau memang memaksudkan dengan kata-katanya itu? Bincangkan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN