Teqball: Adakah Gabungan Antara Bola Sepak, Ping Pong dan Sepak Takraw?

Beberapa hari lalu, ada sebuah saluran radio di Malaysia telah menyiarkan perlawanan Teqball. Perlawanan Teqball ini disertai oleh beberapa orang juruhebah saluran tersebut.

Namun begitu, apakah sukan yang diberi nama Teqball ini?

Mula mendapat tempat

Teqball ini mula diasaskan di Hungary. Ia diilhamkan daripada dua orang individu yang tinggal di sebuah apartmen yang sama di negara tersebut.

Gábor Borsányi dan Viktor Huszár merupakan individu yang telah bertemu dan membentuk sukan ini. Borsányi dikatakan merupakan seorang bekas pemain bola sepak dan Huszár pula seorang saintis komputer.

Mereka berdua telah menularkan ciptaan mereka ini dan mendapat sambutan hangat. Amerika Syarikat dan Jerman telah memberikan sambutan baik kepada sukan baru ini.

Peraturan?

https://www.youtube.com/watch?time_continue=236&v=R7otmP3k2RM

Peraturannya agak mudah. Setiap pasukan boleh disertai sama ada dua hingga empat orang.

Bola pula mesti ditimbang menggunakan anggota badan kecuali tangan. Dan anggota badan yang sama tidak boleh melantunkan bola berturut-turut.

Para pemain juga dilarang menyentuh pemain lawan dan meja Teqball. Sesebuah pasukan hanya boleh melantunkan bola maksimum tiga kali sahaja dalam satu masa sebelum membuat hantaran kepada pemain lawan.

Mata akhir setiap set ialah 20 mata. Setiap perlawanan mula akan memainkan tiga set.

Peralatan?

Bola sepak yang bersaiz 5 amat dicadangkan untuk permainan ini. Pada asalnya, pengasas sukan ini menggunakan meja ping pong.

Tetapi, hasil daripada inovasi, maka lahirlah Teqboard. Namun Teqboard ini mempunyai lengkungan yang membezakan dengan meja pingpong.

Menurut laman sesawang Teqball, beberapa pemain bola sepak ternama dunia telah memberikan rekomendasi untuk sukan ini. Antaranya Jari Litmanen dan Nicolas Anelka.

Penutup

Difahamkan Malaysia pun telah ada organisasi yang mempromosikan sukan ini dan mereka telah muncul di sebuah saluran televisyen.

Diberitakan juga ada pasukan bola sepak di luar sana sudah menggunakan Teqball sebagai salah satu cara latihan seperti Paris St. Germain.

Kelahiran Teqball tidaklah boleh dianggap pencabar sepenuhnya bagi sukan bola sepak, ping pong atau juga sepak takraw! Tetapi, kehadiran ia amatlah dihargai kerana sukan di dunia sentiasa ada evolusi.

Semoga Teqball dapat dipertandingkan dalam mana-mana temasya sukan seperti Sukan Olimpik!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN