Terkini pelbagai khabar angin kami dengar mengenai pasukan Kelantan terutamanya mengenai perpindahan keluar masuk pemain.
Terbaharu, pemain mereka iaitu Tengku Qayyum dikatakan bakal keluar dari skuad Kelantan.
Menurut sumber kami, Qayyum dikatakan telah pun cuba dirisik pasukan lain di Liga Malaysia termasuk dengan pemain pertahanan iaitu Nik Shahrul Azim.
Akan tetapi, perkara itu segara dinafikan oleh pihak KAFA.
Menurut pihak KAFA, ia cumalah khabar angin yang sekadar tidak lebih daripada mahu menjatuhkan semangat pasukan.
Perkara ini juga telah pun disahkan sendiri oleh Qayyum menerusi Instagramnya.
Jadi tidak perlu risau penyokong Kelantan, Qayyum akan kekal bersama pasukan anda!
Indra mahu keluar juga?
Spekulasi juga tersebar mengenai Indra Putra juga sedang menuju jalan keluar dari pasukan Kelantan.
Hal ini kerana terdapat sebuah pasukan Liga Malaysia yang bersedia untuk menebus kontrak beliau namun cuma sedang menanti kebenaran dari pihak pengurusan untuk berbuat demikian.
Sehingga kini, Indra masih lagi berdiam diri mengenai perkara ini.
Adakah perkara ini akan berlaku? Sama-sama kita nantikan.
Baca juga: Francesco Totti Beri Bayangan Masih Belum Mahu Bersara Lagi