Tengku Hazman Sah Tinggalkan Terengganu FC II

Ketua Jurulatih Terengganu FC II (TFC II), Tengku Hazman Raja Hassan sah akan meninggalkan pasukan Liga Premier itu selepas kontrak beliau berakhir pada penghujung bulan ini.

Namun ini tidak bererti beliau akan berehat, kerana selepas ini beliau terbuka untuk menyertai mana-mana pasukan sebagai Ketua Jurulatih bersama pasukan Liga Premier yang lain, atau selaku pembantu juruatih bersama pasukan di Liga Super.

Tengku Hazman bergambar dengan jurulatih UKM FC, Sulaiman Husin pada sidang media Piala Cabaran musim lalu. FOTO: TFC

Jodoh Tengku Hazman bersama TFC II akhirnya terlerai selepas mendapat pengesahan dari pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) pada Rabu lalu.

Bercakap kepada wartawan Bernama, beliau dipetik sebagai berkata:

“Perkara itu telah diputuskan oleh pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Rabu lalu dan saya dengan penuh hormat serta akur menerima keputusan tersebut,” kata beliau.

“Setakat ini saya belum menerima tawaran daripada mana-mana pasukan kerana perkara ini [penamatan kontrak] masih baru.”

Bekas pemain skuad Olimpik negara ini berjaya membawa TFC II muncul juara Piala Cabaran pada tahun lalu.

Kegagalan TFC II mengulangi kejayaan sama di pertandingan tersebut mungkin salah satu punca PBSNT mengambil langkah untuk berpisah dengan jurulatih berusia 42 tahun ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN