Tengku Amir Sah Presiden Baharu Persatuan Bola Sepak Selangor

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bakal mendapat Presiden baharu apabila Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah mengesahkan telah bersetuju menerima tawaran mengisi kerusi No.1 badan sukan bola sepak negeri itu.

Pengumuman tersebut telah dibuat menerusi satu kenyataan rasmi daripada Setiausaha Sulit, Dato Haji Mohamad Munir kepada Tengku Amir Shah pada hari ini.

Presiden FAS ketika ini, Datuk Seri Subahan Kamal sudah pun menyatakan kesediaan baru-baru ini untuk berundur bagi memberi laluan kepada Tengku Amir Shah.

Menurut kenyataan rasmi itu, baginda bertitah FAS harus melakukan anjakan paradigma dan perubahan yang menyeluruh dalam mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negeri itu.

“Baginda menekankan ini bukannya masa untuk mengadu domba ataupun mencari kesalahan lampau. Baginda sentiasa menyokong penuh pembangunan bola sepak terutamanya di peringkat akar umbi dan fokus harus diberikan untuk memastikan FAS serta pasukan bola sepak negeri Selangor terus mara ke hadapan,” kata kenyataan itu.

Mungkin ramai yang tidak menyedari, sebenarnya RMS bukanlah watak asing di dalam arena bola sepak di Selangor. Football Selangor, sebuah organisasi yang menjadi platform bola sepak komuniti dan belia di negeri itu adalah hasil visi baginda.

Organisasi ini percaya bahawa penglibatan masyarakat adalah asas kepada pembangunan bola sepak di Selangor dan di dalam negara.

Setakat ini, 27 liga sosial dan komuniti, 422 pasukan membabitkan 11,298 pemain dari lima daerah utama di Selangor bernaung di bawah Football Selangor cetusan idea RMS.

Kami mendoakan semoga bola sepak negeri Selangor terus maju dibawah pemerintahan Tengku Amir Shah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN